#Behind The Scene: Penjenamaan Semula Sejarah, Releven Atau Tidak?
Assalamualaikum,
bismillahhirahmaanirrahim.
Bertarikh 17 hari bulan November 2016, Sekretariat Sejarah dan Tamadun (Histforium) telah menganjurkan sebuah wacana ilmu yang mengupas isu penjenamaan semula sejarah.
program dijadualkan bermula pada pukul 8 malam. tapi atas kekangan beberapa perkara, sekitar pukul 8 setengah program bermula.
selesai kelas Muslim Historiography, madam Elmira. Balik ke mahallah untuk rehat seketika. Masa tu azan Asar baru selesai. Tapi sebab penat sangat, sambil tepuk-tepuk bantal, sambil 'mengadu' kepada Allah.
"Ya Allah, aku nak tidur kejap je, nak ambik tenaga untuk bergerak kerja malam ni.. kejap je.. sebab penat sangat ni.."
Sekarang dah pandai nak mengadu semua benda pada Allah, kalau dulu tak terfikir pon sekecil-kecil perkara kena bagitahu Dia. kan. Cikgu Ina yang ajar. Cikgu kelas Bahasa Melayu Kerjaya.
Kunci jam pukul 5 setengah petang, tapi Allah kejutkan lagi awal, pukul 5:10 petang dah tersedar dari tidur. Dan rasa bertenaga. rasa macam, ok aku dah boleh bergerak kerja.
Bangun dari katil, lepastu check wasap untuk update sebarang info baru dari grup wasap.
Masa tengah iron baju kurung, roomate baru sampai.
"Bie nak gi mana kalut-kalut ni?"
"Ada talk malam ni... "
Baju Kurung, arahan Program Manager. Yang tak ada baju kurung, mengeluh, alaaaa. jubah tak boleh ke?
lepas tu, ada yang mencelah, "Takde Arabisasi yer. Takde..." - Situasi dalam meeting terakhir sebelum program.
pukul 6:15 petang, turun dari blok.. menuju main gate mahallah Ruqayyah, Janji nak jumpa dengan Rina kat situ, lepastu sama-sama jalan kaki pergi centre.
bila berbaju kurung, Rina cakap, "Harini kita beraya...." sama-sama gelak.
* * *
Sampai dekat mini auditorium, seperti biasa buat kerja apa yang patut. dengar arahan dari orang atasan.
konflik muncul bilamana PR yang incharge UPNM masa tu masih dalam kelas, dan contact number wakil UPNM tak sampai pada PC.
sebenarnya, benda tak adalah besar sangat, tapi... biasalah, drama haruslah lebih XD
jadi, to cut the story short. Saya dan Oshin yang bertanggungjawab untuk incharge UPNM. istilahnya usherer.
lepastu, masa kitaorang tengah tunggu depan pintu mini audi, ada sekumpulan brothers lalu, ada yang menahan salah seorang dari mereka.
"Dari UPNM ke?"
"ha yee...."
"UPNM kan?... silalah masuk..." sambil menunjuk arah ke pintu mini audi.
"Eh tak pe lah, kejap lagi. kitaorang nak gi makan dulu.."
Jadi, saya dengan Oshin tunggulah diorang, dari mini audi tu, nampak diorang tengah makan dekat kafe Evoke.
sebab takut kena marah dengan PC, hoho. jadi kitaorang memang tunggu jelah walaupun tak tahu bila diorang habis makan.
tiba-tiba, waktu menunggu tu.. ada sekumpulan brothers dan beberapa orang sisters berjalan dari arah main audi.. dan menuju ke arah masjid.
sepintas lalu kalau tengok diorang ni, eh segak-segak semua ni macam budak-budak tentera. takkan ini kot UPNM, habis yang dari tadi duk tunggu tu sapa?
Memang diorang lalu je depan saya. Tapi saya masa tu macam blurr, pening,
gaya diorang berjalan, macam dah tahu arah tuju, tak ada pulak macam kekok je, atau tak tahu direction. jadi, saya jangka, mungkin ada program lain kot.
tiba-tiba, dapat wasap dari grup usherer. eh UPNM dah sampailah.
ha kannn. memang itulah geng-geng Kapten Mukhriz. tapi, yang awal tadi tu sape???
Oshin kata, tak apa biha, kita tunggu je yang UPNM klon tu siap makan.
Jadi, kami tunggulah, bila nampak diorang dah datang, lepastu Oshin tahan, dan tanya brother nak pergi talk penjenamaan semula.... sambil dia tunjuk tag yang ada poster kat situ.
"Eh tak tak.. kitaorang nak pergi main audi.. ada ni ha.."
sambil dia tunjukkan tiket teater Qais dan Laila...
HahahaHa.
masatu macam tahan gelak je.
Main audi kat depan sana brother, sambil tunjukkan arah. atas ni mini audi. bukan teater kat sini.
Saya dan Oshin naik ke mini audi. lepastu dok cerita kat usherer yang lain.
nak buat macam mana, miscommunication occurred here. Sambil cerita sambil tahan gelak. hoho
lepastu, Izzu bagi arahan kalau yang dah selesai kerja, boleh masuk ambik tempat kat dalam.
and yes, i hope to be there too. so at least there is something i can get.
* * *
Isi Yang Dikupas.
"The problem is, our history is too eurocentric.."
Sebab kita melihat, hanya Eropah yang menjadi kayu ukur sesebuah perdaban, Sedangkan, melayu itu sendiri sudah ada perdabannya. Raja adalah simbol di mana masyarakat itu mempunyai sistem tersendiri. Bukan hidup lagi secara nomad.
Lihat kepada sistem beraja yang kita ada pada zaman dahulu. Eropah tidak fikir yang mereka akan senang-senang sahaja dapat menakluki tanah melayu, kerana tanah melayu bukan diklasifikasikan sebagai 'Barbaric'.. Tapi seolah-olah murtad, melalui perspektif agama mereka.
3 visi utama, GOLD, GOSPEL, GLORY
"The problem with today's youth, Narcissism"
Menurut saudara Jufitri, yang sedang menyambung PHD dalam fokus aspek terhadap pembangunan belia. Katanya, remaja kita kini dan yang akan datang lebih ketara menunjukkan mereka sudah dijangkiti dengan barah Narcissism.
secara mudahnya, narcissism ini bermaksud apabila seseorang itu tidak akan mengambil peduli tentang perkara yang langsung tidak menguntungkan mereka.
ini difokuskan lagi pada aspek SEJARAH. kerana, simptom itu sendiri semakin lama semakin berakar dalam diri remaja. Dan sejarah, sudah lama dikenali sebagai subjek yang membosankan. Apa lagi kepentingan sejarah bagi mereka untuk dipelajari?
Sedangkan, bagi Jufitri, memahami sejarah itu besar kepentingannya untuk membina self-esteem di kalangan anak muda. Terutama sekali untuk menyedarkan diri kita, bahawa bangsa melayu dulu sebuah bangsa yang hebat.
Jadi, kesilapannya di sini apabila kita terlalu meletakkan mindset yang menyatakan bangsa melayu itu bangsa pemalas atau bangsa yang pengecut.
Ya, kalau tidak diteliti pada narrative atau penceritaan sebenar tentang tunjang sebuah peradaban Melayu, nyatalah kita senang mengangkat bendera putih sebelum sempat melangkah ke medan tempur.
Paling utama di antara yang utama, apabila kita kenal akar kita, asalnya jiwa yang diperturunkan kepada kita, sudah tentu kita tidak selemah yang diri kita sendiri rajakan.
Pentingnya Sejarah itu, boleh dianalogikan seolah-olah cermain belakang yang ada di setiap kereta. Kita harus melihat cermin belakang setiap 15 minit sekali.
Bukan bermaksud kita tidak boleh melihat ke hadapan, tetapi dalam menuju langkah yang baharu, jangan lupa untuk melihat sekilas apa yang ada di belakang. Supaya kita sentiasa bersedia dalam segenap aspek.
Teringat pula bila belajar dengan Dr Arshad, dalam kelas India Under Mughal Empire.
beliau sebelum kelas tamat, pemimpin hari ini kesilapannya tidak berminat untuk ambil tahu
tentang sejarah yang dulu. Sedangkan, dengan mengetahui peristiwa yang lalu itu,
mereka akan lebih berhikmah dalam menyantuni setiap urusan.
Selain daripada itu, perbincangan semalam juga mengetengahkan isu berkaitan bagaimana anak muda mendepani limpahan maklumat?
"How to produce the youth of digital innovator?"
dan bagaimana untuk melahirkan anak muda yang matang dalam menghadapi ledakan informasi.
1. ILMU
2. SKIL
3. SIKAP
Ketiga-tiga elemen inilah memainkan peranan penting untuk menghasilkan digital innovator.
Berkaitan dengan dunia digital ini, ia lebih sesuai untuk merungkaikan bagaimana Sejarah itu boleh dibawa kehadapan dalam sisi yang lebih menarik.
Selari dengan peredaran dunia hari ini, sebagai penggiat sejarah.. kita haruslah kreatif dalam menggunapakai medium yang ada untuk memaksimumkan hasilnya.
Sebagai contoh,page Historia Factory yang dinaungi oleh Elmira Akhmetova
page tersebut diwujudkan bagi menyampaikan petikan-petikan sejarah dengan lebih mudah. Selain daripada Historia Factory, kita juga mempunyai page The Patriot
* * *
Baiklah, setelah majlis penyerahan token appreciation kepada semua panelis, maka seterusnya adalah sesi bergambar.
Diikuti dengan sesi ramah mesra dengan panelis. Tak lupa juga sesi bertukar buah fikiran di antara UPNM, UM, dan UIAM.
Suasana begini sungguh menarik. Kerana wujudnya hubungan secara tidak langsung di antara sesama institusi pengajian tinggi. Diharapkan lepas ni akan lebih besar jaringan yang mampu dibina di antara kelab-kelab Sejarah yang ada di institusi pengajian tinggi di Malaysia.
saya up kan banyak sikit gambar dengan rakan-rakan dari UPNM.
Sebagai usherer yang silap usher awal-awal tadi, jadi saya dan Oshin rasa bersalah sangat dengan rakan-rakan dari UPNM.
Sambil menunggu van datang menjemput, kitaorang sempatlah bersembang beberapa perkara.
Kata Diya, Persatuan Sejarah di UPNM tersangat-sangat baru ditubuhkan. 3 hari usia setelah diluluskan menjadi kelab yang bergerak secara rasmi di UPNM.
Orang yang bertanggungjawab mengemudi kelab ini adalah saudara Syarifuddin, atau diorang panggil Pudin.
Diya berceritalah yang Pudin ni lah yang banyak menarik diorang kepada Sejarah. Kalau ada talk kat mana-mana universiti, dia mesti ajak. Jomlah korang join. Jadi, lama-lama minat tu timbul dengan sendiri. Dan pudin tu, memang dah sah-sah minat Sejarah.
Pudin adalah Ketua Kelab Sejarah di UPNM.
Diorang siap pesan lagi, kalau ada apa-apa event, bagitahulah kitaorang. And seriously you guys awesome and super cool!
Saya doakan moga Kelab Sejarah, UPNM dapat menyumbangkan manfaat kepada warga UPNM. Dan inshaAllah, we look forward to work together in future. Terus bersinar guys!
Lepas siap hantar diorang, sambil melambai-lambai lagi, tu diaa.
head usherer, Hana.. "Bagus anak-anak mak buat kerja.."😁😁😁
Dari kanan: Oshin, Biha(saya), Hana, Ilham, Kak Fitri
team usherer











Comments
Post a Comment