#Warkah Konvo ke32
Assalamualaikum,
kehadapan umi dan ba. Harini along ada exam midterm Islam in the Malay World. Soalan yang long essay along boleh jawab, tapi macam sangkut sikit dekat soalan short notes. Habis exam, along keluar dari kelas, berjalan sorang-sorang diri seperti rutin biasa.
Harini, ada majlis convocation. Hari terakhir untuk sesi ke 32. Majlis konvo ni mula hari Sabtu lagi. Along teringin nak turun ke centre, sebab nak tengok meriahnya majlis konvo. Tapi, sebab kekangan masa, harini je boleh tengok. Kebetulan hari kelas kan.
Along pusing-pusing kawasan depan CAC, tempat yang umi ba datang haritu. Yang umi ba singgah lawat along.
kehadapan umi dan ba. Harini along ada exam midterm Islam in the Malay World. Soalan yang long essay along boleh jawab, tapi macam sangkut sikit dekat soalan short notes. Habis exam, along keluar dari kelas, berjalan sorang-sorang diri seperti rutin biasa.
Harini, ada majlis convocation. Hari terakhir untuk sesi ke 32. Majlis konvo ni mula hari Sabtu lagi. Along teringin nak turun ke centre, sebab nak tengok meriahnya majlis konvo. Tapi, sebab kekangan masa, harini je boleh tengok. Kebetulan hari kelas kan.
Along pusing-pusing kawasan depan CAC, tempat yang umi ba datang haritu. Yang umi ba singgah lawat along.
Kat situ banyak orang jual bunga. Comel-comel bunga semuanya. Siap dengan bear, leastu sekarangkan orang letak coklat pulak. Tahun lepas along dah datang sini, lepastu ada satu bear ni namanya hedgehog, along berkenan. tapi nak beli beli pon buat apa. baik tunggu nanti konvo jelah. hehe.
umi ba, tadi along dah keluarkan duit yang ba transfer untuk bayar yuran tu. Along keluarkan RM1400 sekali dengan duit poket RM100 untuk minggu ni. Tapi tadi along tak pergi bayar lagi, sebab takut tak sempat, gap masa dengan kelas seterusnya tu kejap je. Sekarang pon, lepas exam tadi sepatutnya ada kelas tapi lecturer along kena hadir majlis konvo. Kelas cancel. Itu yang sempat nak jalan-jalan.
umi ba, semalam along ada tengok video orang konvo secara live. Tengok dari laptop. Dekat iium website ada link jadi orang awam boleh je kalau nak access. punyalah along menghayati moment tersebut sampai menangis teresak sendirian dalam bilik. terutama sekali bila part graduan terima scroll. nama-nama graduan disebut sorang demi sorang. mulalah along terbayang nanti nama "Siti Nabihah binti Ahmah Mukhadzir.." berjalan atas pentas menghampiri dekan yang sedang menanti untuk dihulurkan scroll. masa tu, umi ba tengah duduk di kerusi tetamu dalam dewan CAC. mesti umi ba rasa gembira sangat. mesti tersengih je.
sebabkan umi dan ba, along menangis waktu tengok video orang terima scroll. bayangan wajah gembira, wajah teruja adik-adik di hari konvokesyen kak longnya. rasa sebak dalam dada.
umi ba, majlis konvo tahun lepas along datang ke centre untuk cari hadiah. nak bagi kat senior konvo. (senior yang bergerak kerja sekali dalam research pasal banjir kat kuala krai haritu).. dan along tak tahu pulak dengan kedatangan along ke centre, berada pulak dalam gerombolan orang ramai itu akan timbulkan satu perasaan.. lain.. rasa sebak.. rasa motivated.. betapa along seronoknya tengok wajah-wajah ceria ibu bapa kepada graduan serta ahli keluarga yang datang memeriahkan majlis.
tahun ni, along turun lagi ke centre untuk mencari motivasi dalam diri sendiri. sebab sebelum-sebelum ni pon bila tengok tarikh penting UIA, nampak hari konvokesyen.. dah tahu dah, itulah hari untuk kutip semangat.
Umi, Ba,
di sini anakandamu datang menimba ilmu,
berpisah jauh dari keluarga tercinta demi cita nan satu.
walaupun desak di hati itu semahunya ingin tetap diam bersama keluarga di tanah akarku berpijak,
tetap anakandamu perlu melangkah pergi ke medan jihad perjuangan ilmu.
Umi, Ba,
anakandamu tahu, kalian di sana berpenat lelah membanting tulang,
bersengkang mata demi mencari rezeki.
siang umi diisi dengan tugas sebagai pendidik,
siang ba pula diisi dengan tugas sebagai support staff.
malam pula bergadai waktu rehat demi mencari punca sampingan.
Umi,
ku tahu penatmu, ku tahu lelahmu,
kerana dek usia yang semakin waktu memamah tenagamu.
Masa menyebabkan umi keletihan,
tapi kuat sungguh semangat umi hanya demi memastikan kecukupan anak-anak tercinta.
Ba,
yang sentiasa berada teguh di sisi umi,
di kala malam membantu umi dalam tugas-tugas sampingan.
bungkuskan roti yang dah siap umi bakar,
packetkan apam pisang yang dah siap umi kukuskan.
taburkan sayur, hotdog, atas roti piza yang dah pon umi uli.
di media sosial pulak, ba sentiasa bantu umi dengan mempromosikan apa yang diusahakan.
Di hati ini, kadang terbit rasa malu.
kerana ada ketika di kejauhan medan ilmu ini, anakanda banyak mengeluh.
terlalu manja dengan tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu.
seringkali mengadu kepada umi dan ba,
seringkali itu jugalah umi dan ba terus teguh memberikan semangat,
dan terus yakin bahawa anakandanya boleh mengharungi apa jua rintangan.
kerana doa tulus dari hati seorang ibu dan hati seorang bapa,
sehingga kini anakanda terus dirahmati Allah,
kepayahan itu adalah jalan untuk mengajar anakanda menjadi lebih matang.
Sebaknya mengingatkan keringat yang dikerah, sehingga anakandamu menitiskan air mata di kala waktu mencoret nota ini. sementara menunggu kelas bermula.
Terimakasih buat umi dan ba, kerana telah bekerja keras dalam membesarkan along dan adik-adik. kesempurnaan itu tidaklah pada kemewahan, tetapi terletak pada nilai dan memori yang kita cipta bersama.
di mata along, apa yang dimiliki dan diberikan oleh umi dan ba sudah banyak mencukupi keperluan seorang anak. kerana yang mencukupkan sebuah kekurangan itu adalah dengan mengetahui bahawa ibu bapanya telah melakukan yang terbaik dan berusaha sehabis baik untuk kelangsungan anak-anaknya. Jadi, semuanya mencukupi :)
* * *
suasana sekitar majlis konvo ke 32
seberang sana adalah dewan CAC
riverside
foodtrucks
Umi dan ba, tahu tak yang anakandamu di sini telah terlalu banyak yang dia temui dan terokai di alam universiti ini. setelah hampir 2 tahun menjadi pelajar ijazah sarjana di UIA. belum campur dengan asasi selama setahun setengah di PJ.
terimakasih di atas kepercayaan umi dan ba, melepaskan anakandamu berjauhan untuk menimba ilmu. di atas kepercayaan itu, along di sini semakin jatuh cinta dengan dunia ilmu. betapa bernilai dan berharga ilmu dalam memacu dan membentuk karekter hidup seseorang individu.
juga anakanda harapkan agar sentiasalah dititipkan pesan supaya tidak dengan keberadaan di alam universiti ini menjadikan anakandamu sombong. Kerana Allah murka kepada mereka yang berjalan di atas bumi sambil mendongakkan kepalanya (angkuh).
sesungguhnya, pada pemahaman kerdil ini.. dengan punya ilmu itu sebetulnya akan membawa manusia itu lebih dekat dengan Maha Pencipta, makin tunduk di atas muka bumi dan makin rendah hatinya dengan sesama ciptaan Ilahi. Kerana makin banyak yang tahu makin sedar betapa banyak lagi yang tidak tahu. Kerana ilmu Allah itu Maha Luas.
InshaAllah, niat anakanda mahu berbakti kepada bangsa dan terutama sekali kepada agama. Kerana sebaik-baik kamu adalah yang bermanfaat kepada orang lain.
Usah risau apa yang anakandamu akan jadi pada esok hari,
samada pendidik seperti umi, atau menteri yang amanah, atau penulis yang prolifik, atau apa sahaja.. yang penting sentiasalah mendoakan agar anakandamu ini menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat, serta diredhai dan dirahmati oleh Allah sentiasa.
pohon izin untuk mengudur diri dahulu,
sehingga berjumpa lagi dalam warkah akan datang.
yang benar,
anakanda Nabihah.








Sedihhhnyaaa kakjaa baca coretan along nie... nilai kasih sayang dlm keluarga yg sgt2 tinggi...
ReplyDeleteterimakasih kakja sbb singgah blog along. kakja rasa sedih sbb kakja kenal ba dan umi, dan kakja kenal along dan adik2 ;)
DeleteAnak2 adalah harta yg tidak ternilai bagi ba & umi.. tiada tolok bandingnya.. along peneraju kpd adik2 sama2 utk mencari kecemrlangan dlm kehidupan masing2.. ba & umi sentiasa mendoakan agar along serta adik2 dipermudahkan segala usaha utk berjaya dalam pembelajaran disek2 ataupun di IPT.. cemerlang didunia dan berbahagia diakhirat nanti
ReplyDelete