#Cameron & Tahun Baru

Seawal pukul 5.45 pagi, aku tersedar dari tidur sebab dengar bunyi ketukan pintu bilik.

Dalam mamai, pergi buka pintu bilik takut lama-lama sangat mengganggu rumet tengah tidur.

"Awak, sep dio bangun bangun doh.."

"Ho.. ok ok.." saya jawab.


Lepastu terus masuk bilik capai tuala dan pergi bilik mandi.

Adoi! tak mampu rasanya nak mandi awal pagi macamni.

Sejuk sangat!

Masa kat singki bilik air, nak gosok gigi.. wana pon ada sama kat situ..


"Awokkkk.. sejuknya!"


* * *

Lepas siap solat, dalam pukul 6.20 pagi, ke toilet sekali lagi. lepastu wuduk.

wana sekali lagi mai jenguk kat bilik mandi,

"Awok, sep dio sapa dah ni.."


aku masuk dalam bilik, ganti baju kelawar dengan baju yang saya nak pakai..

siap-siap apa semua, lipat telekung, masukkan barang-barang penting yang lain. lepastu pakai stokin.

then, slow-slow berjalan keluar dari compartmen.

Masatu mah tengah solat subuh.

"Aku gi dulu mah deh.."

"Gi mano bie?"

"Gi ikut wana..."

thats all.


* * *

handset berdering.

"Ye wana, saya siap dah ni. otw turun tangga..."


wana dah ada kat bawah dengan brothers tu.

aku, yelah memanglah akward kan sebab xkenal sape diaorg. but then i just.. sokay lah.. redah.

masuk dalam kereta, masatu yang brothers tu dah ada dalam kereta.

"Fakhrul, Dzul.. nilah biha.."

aku pon, "Hii.."

dan diaorang semua balas dengan penuh mesralah kan.. "Hii biha..."

i tried to be friend. yelah, kira diorang ni macam teman pemusafiran lah katakan kan untuk sepanjang hari ni.

fakhrul memanglah aku kenal dia, sebab dia tu tunang wana. dan dia tu pulak kira orang femes uia. bak kata orang, followers ig ribu ribu. yelah kan, dia magician.

tapi, dzul.. tak kenal, baru je nak kenal... yang aku tahu, dia KLM (kuliyyah Language and Management)

fakhrul pulak, bdk kaed..

* * *

Perjalanan bermula..

singgah ke stesen minyak, beli bekal sikit-sikit. ambik roti gardenia dengan air mineral.

bila selesai, perjalanan diteruskan.


sepanjang perjalanan, so far ok la.. wana dok ajak sembang sama-sama. sesekali tu dia sembang dengan cik abang dia.

dzul pon masuk jugak menyembangnya. tapi masatu biasa-biasa jelah. janggal tu ada lagi. sebab rasanya diorang tak face to face lagi dengan aku setakat ni.

sepanjang perjalanan tu jugak, adalah nampak ramai budak laki bawak motor secara konvoi. terus teringat kat adik laki, aziz. Terperasan jugak haritu yang dia upload gambar kat insta katanya nak gi Penang. hmm. so bajet yang ramai-ramai motor tepi jalan tu diorang nak gi sambut tahun baru kat penang jugak la kot.

ok, teruskan lagi perjalanan.

nak kata laju fahkrul drive haritu.. takdelah laju sangatkan.. macam standard jelah bawak kat highway..

alright then, dah start masuk kawasan Tapah. so masa tu macam sedarlah, eh kita ni kat Perak la kan? then start dari Tapah tu, jalan yang kami lalui dah macam masuk jalan yang agak kampung sikit.

jadi, perasaan teruja tu dah naik sikit lagi.

sampailah, kitaorang melepasi kawasan Lata Iskandar. semua orang macam "wahhh..." lawanya.. sampai lupa pulak nak sebut subhanallah. apalah noob sangat masatu. hehe

Related image

pinjam gambar ye encik google, just nak tunjuk view Lata Iskandar. tepi jalan je ni. kata Dzul tak boleh mandi kat sini. cuci mata je mampu.


Alright, bila dah melepasi kawasan tu.. rasa macam ada lagi kot benda yang mengujakan hati menanti kat depan sana.

seperti biasa, kereta dipandu macam sepatutnyalah. melalui kawasan bukit. serious terimbau kenangan lalu kawasan Bukit Sumpitan kat perak dulu, masa ulang-alik pergi kat umi. macam lebih kurang je jalannya.

yang nak dijadikan ceritanya, masa tengah elok drive.. tiba-tiba entah kenapa kereta ni terasa macam berat. walaupon aku tak drive but i can feel it tho.

pastu, dengan sendirinya kereta tak nak gerak. aiyoo

masatu aku just mampu, kosongkan fikiran dulu. lek luh. sambil nak tunggu fakhrul dengan dzul nak cakap apa. yelah, bab kereta memanglah aku ni noob. mana nak tahu, so i thought they should know better than me.

Ok, try restart balik. Tak nak gerak!

reverse je mampu.

then lepastu, kereta tu direverse masuk ke kawasan pejabat apa ntah dalam hutan tu. sebab tak boleh dok tepi jalan camtu, jalan kan sempit. so kereta yang besar-besar ke. lori lagi. bahaya la.

masatu, ada sorang abang ni. kereta dia pon problem jugak, tengah parking kat situ. nampak dia macam dok godek-godek bahagian enjin kereta.

fakhrul dengan dzul, macam tegur-tegurlah abang tu. but i just stay inside the car. kalau keluar pon confirm aku tak tahu apa nak buat kan. tapi wana keluarlah kejap. tambah pulak masatu hujan. cuma, taklah lebat, rintik-rintik je.

abang tu mintak nak buat apa ntah, macam ada satu wayar ni kan, dicucuk kat bahagian enjin kereta kitaorang pastu sambung kat kereta abang tu. bateri ke apa? lepastu, kereta abang tu ok. tak lama kemudian dia beransur pergi.

dua orang tu pon masuklah dalam kereta.

"Korang nak dengar satu nasihat tak, nasihat dari abang tu?" tanya Fakhrul.

weh, apa ni. macam seram je. tiba-tiba masuk cakap macamtu.
memang masatu aku pandang wana, wana pandang aku.

"Apa wehh.."

"Ok, abang tu cakap.. lebih korang turun je.."

lepastu semua orang macam diam je.

krik krik


Sebabnya, mungkin kereta ni akan jadi lebih bermasalah kat atas sana.

"so macam mana?"

soalan so macam mana tu memang payah nak jawab. sebab masatu kalau bagi aku sendiri aku tak tahu nak bagi keputusan apa.

diam jelah. sama macam wana. just cakap kitaorang tak tahu. lagipon masatu memang dalam hati, tak nak mengalah lagi. nak jugak teruskan perjalanan. tapi sedar yang perjalanan akan datang ni berisiko.

lepastu, sebaik je abang tu pergi. oh lupa, abang tu ada rumah kat atas sana (cameron) then kitaorang cubalah nasib.

dah kata yg drive tu, kita try eh dulu. kalau mampu kita proceed.

tapi kalini, memang kurang cengkaman tu. haha. aku pon tak tahu kenapa perlu guna term cengkaman.

drive kalini tak boleh bawak laju-laju. tak boleh tekan minyak kuat sangat. kalau tak terus nak merajuk.

memang kitaorang slow-slow je gerak.

"itulah.. tadi kata sangat kat myvi putih tu bawak slow.. sekarang kita pulak yang slow.." haha. seloroh wana.


memang aku tak tahu sejauh mana kitaorang mampu pergi. sebab masatu rasanya, nak test kemampuan kereta tu je. alang-alang dah sikit lagi nak sampai cameron so kenapalah tidak disudahkan saja perjalanan ini kan.


sampailah kawasan yang memang kena tekan minyak sebab bukit, kat situ jugaklah dia tak nak bergerak. so, slow-slow kitaorang parking kereta kat selekoh.

tak tahu nak gambarkan macamana kedudukan kereta masatu, sebab jalan tu kawasan selekoh. lepastu memang... tebing tinggi.. lori banyak lalu-lalang.

ok, kalini kita try rehat kasi lama sikit kereta ni. bagi dia setengah jam ke.

masing-masing buat hal sendiri. dah tak tahu lagi nak buat apa. line pon tak de. nak contact orang pon tak mampu, apatah lagi nak update insta story.


dekat tempat kitaorang tu, adalah penyejuk mata sikit. mini waterfall. memang mini sungguh la orang kata. so, keluar masuk kereta, dok tenung air yang terjun turun dari atas sampai bawah.

tenung kawasan hutan sekeliling.

haa. nak fresh air sangat kan.. ok la tu, hirup fresh air puas-puas. dah balik gombak nanti bau buku dengan notes jelah.

ok, lebih kurang setengah jam lebih. try la nak hidupkan balik. tapi sebelum tu adalah kitaorang sama-sama sembang, macamna sekarang ni?

aku cuma cakap, depends pada korang sebab korang yang drive. kalau rasa kereta ni mampu pergi lagi. teruskan, tapi kalau kereta ni memang teruk sangat dah.. kita patah balik..

bila wana dengar aku cakap macamtu, dia pon just follow me.

alright, try start kereta tu.

kesiannnn.. sama je situasi, dia tak nak gerak dah.. dan yang bestnya bukan setakat tak nak kedepan.. nak reverse pon tak nak gerak jugak..

so tahulah kitaorang yang kereta ni memang dah parah..

nak tak nak memang kena patah balik.


BUT, HOW?

terpaksalah, kereta tu kitaorang tolak sendiri.

Ya Rabbi punyalah kecutnya, masa nak reverse kereta tu kan, sebab jalannya selekoh. kereta adalah lalu lalang. jadi, masa nak tolak tu... takut!

kalau ada kat tempat tu tahulah macam mana saat-saat tersebut.. tapi alhamdulillah, Allah permudahkan masa kitaorang nak pusing kereta tu dari arah naik ke cameron dan sekarang menghadap arah turun dari cameron.

arah turun tu ok la kan, sebab jalan bukit.

jadi, kereta tu bergerak dan fakhrul kawal pakai stering je.

serious la!

kitaorang terpaksa jugak gerakkan kereta tu even kena tolak dengan kudrat sebab nak patah balik cari kawasan yang ada line. nak call mintak bantuan la kan.

tapi aku respect la kat brothers ni. diorang sebolenya tak nak bagi aku ngan wana turun dan tolak kereta tu. berapa kali dah samada dzul atau fahrul sendiri yang suruh kitaorang masuk balik dalam kereta.

teringat pulak, masatu kawasan rata. jambatan yang menghubungkan bukit. sekali lagi kenangan duk ulang alik ke perak dulu datang terngiang-ngiang. sebab dekat bukit sumpitan banyak jambatan macamtu.

yang aku tahu, walaupon tengah susah. kitaorang tolak kereta pon gelak-gelak.
yelah nak stress buat apa. kan benda tengah susah makin susah jadinya.

sampailah kat kawasan yang ada beberapa buah rumah kat situ. dan siap ada signboard tulis ada signal kat sini. lebih kurang macamtu la.

kat situlah aku dengan wana cepat-cepat je lari masuk dalam kereta. sebab ada beberapa ekor anjing yang menyalak masa kereta kitaorang mula-mula nak berhenti kat kawasan tu.
adrenaline rush!

dzul keluar dari kereta, entah ke mana hilangnya. pergi call abang ipar nak tanya pasal masalah ni la. sebab susah pulak fon dia nak dapat line.


bila dah  dapat line, masing-masing sibuk dengan fon sendiri.

mulalah nak provoke, insta story cepat wey.. haha

apa story story, line pon macam siput je.


ok, fakhrul try la nasib start enjin kereta, saja-saja jelah kan.

pastu kereta tu function, jalan la sikit..

alah. berapa meter je dari tempat parking asal. pastu mati balik kereta tu.

main-main sangat ni.


dzul dapat call abang ipar dia, dia ceritalah itu ini apa semua. abang ipar dia kata, berkemungkinan besar gearbox problem tu. dia tahulah sebab dia ada bengkel atau kedai workshop kalau tak silapnya.

pastu, sibuk jugaklah call orang sana-sini mintak google kan workshop terdekat dengan tempat kitaorang.

call berkali-kali. ada yang masa tu kat melaka la. itu ini.


kereta tu gerak lagi. kawal pakai stering jelah. area turun bukit kan.
kemain sempoi bawak kereta tak hidupkan enjin.

bila kereta kat belakang banyak, fakhrul pon bagi signal suruh diaorang kat belakang semua lintas dulu.

macamtulah ceritanya.


sampai dah dapat call towing yang boleh bawak kitaorang turun ke Tapah.

sebab pishang sangatkan. jadi masing-masing cubalah hiburkan hati masing-masing dengan lawak hambar, suam kuku, semua ada.






ha kan dah bagitahu, perjalanan kalini kita ada abam magician. so, apa lagi. tunjuk bakatlah kan.

mula-mula main kad. malas nak describe apa yang aku nampak. tapi senang cerita aku cakap macamni kat fakhrul.

"Kau pakai ilmu hitam ke apa ni?"

"Ilmu hitam tu bomoh.." haha. gelak pulak dia.

lepastu, adalah dia tunjuk trick terbaru. katanya trick tu sesuai la nak sweet-sweet dengan orang yang kita sayang kan.

macamana tiba-tiba keluar span bentuk love dari genggaman wana? padahal aku perati je dari tadi.

sampai wana cakap macamni kat aku.

"Eh awok, saya tak rajin lagi tengok hok ni..ni trick baru.."

Wana punyalah tak puas hati dengan trick fakhrul, pastu dia baling span bentuk love tu kat fakhrul. alah macam nak merajuk manja gitulah. haha.

"Awok kalu tak ajar saya trick ni siaplah.." wana pesan kat fakhrul dengan muka tak puas hati tapi tahan gelak.


well, memang dah habis idea dah nak buat apa.

dzul senyap je, dok scroll iphone dia.

tapi kan, sempatlah jugak si fakhrul ni udpate insta story. masatu, wana tunjuk skill magic dia kat aku. well, boleh tahanla..


nak bagithu jugak, tempat yang kitaorang parking tu kan, kawasan tepi bukit. nampaklah tadi ada anak sungai. so aku ni nak sangat mendekatinya. ha kau. mendekatinya pulak. ajaklah wana.

bila nak turun sikit, nampak macam ada rumah kayu kecik je, macam pondok. ish macam scary pulak.

kita bukan takut hantu, tapi takut orang.

tak tahu pulak ada anjing sekor.

mak aiii.. kemain berlari.. masuk kereta..

masatu ada payung kat tangan, adrenaline once again rushed, payung tu masa tengah berlari aku campak macamtu je.

dalam cuma mampu cakap, selamatlah kau payung aku yang banyak berjasa sebelum ni kat aku. haha

fahkrul dengan dzul terkejutlah. apahal aku dengan wana ni.

rupanya ada anjing.


tapikan, anjing tu rupanya kaki dia sakit. dia jalan pon tak stabil. masatu lah dok gelak-gelak. punyalah penat berlari. anjing tu tak naklah nak kejar korang. sebab dia uzur.


* * *

Akhirnya kereta towing sampai.

dipendekkan cerita, kami pon diangkut sekali dengan kereta.


mula-mula, fakhrul tertidur pastu wana pulak makin senget kepalanya kat bahu aku, jadi aku ni menyengetkan sikit badan nak bagi dia bersandar.

dzul toleh kat aku,

"tido la biha..."

"ha yelah.."


sampailah tinggal aku sorang je yang tak tidur lagi.

tengoklah semua orang macam letih. kesian pon ada.

aku pon.... tertidur sama..


sedar-sedar dah masuk bengkel, maksudnya dah sampailah kat Tapah.


TAPAH

kat sini, panjang lagi ceritanya, tapi nak ringkaskan kalau boleh.

kitaorang sampai tu, nak call anis, yang jaga kereta ni. tapi tak dapat. wana tak tahu pon anis tu ada exam haritu. tahu-tahu bila call ex-rumate dia.

pulak. rasa bersalah. yelah measti anis akan susah hati. sebab sebenarnya dari atas sana lagi kitaorang dok call call dia. tanya kereta ni kenapa? bila last service apa semua? tapi anis cuma jawab dia tak tahu. sebab dia cuma jaga je kereta tu. kereta maksdara dia.

jadi masa kat Tapah tu, kitaorang nak call maksdara dia lah terus, senang nak tanya macamna kereta ni nak bukak (baiki) kat Tapah atau bawak balik kl.

so anis exam pukul 3 sampai 5 petang. menunggulah kitaorangnya.

dekat 5 setengah jugak baru dapat contact dia. mintak no fon maksdara dia.

deal apa semua, kata putus, kereta tu towing balik kl.


frust jugak abg makenik tu. sebab ingatkan dia dapat job agaknya. sampai dia kata tarik kereta tu letak luar pagar bengkel dia. takleh letak dalam sebab malamnya nak tutup gate.

so kitaorang tak banyak cakaplah. buat je.


towing tu dari kl ke tapah, jadi kitaorang pergilah makan dulu. anggaran 8 setengah malam jugak baru sampai.

nasib baik ada moklan (kawan fakhrul) datang dari.... area kulim kot.. tak sure.. dia dah habis exam, so dah balik.. kawan call terus datang.. baguslah korang ni.

makan kat situ, memang dah tahu nak pilih apa. tak makan kang lapar pulak. oder jelah mee ayam. ntah macamana rasa pon tak tahu.

dzul belanja sate rm10. sparuh ayam separuh daging. fakhrul pulak belanja apa yang aku ngan wana makan. alah. lagipon kitaorang kongsi mee tu. tapi tu pon tak habis. huhu

siap makan, kitaorang solat kat masjid tapah. lawa seriously. rasa macam kondusif masjid tu.

lepas siap solat, dok berusrah pulak kitaorang kat kawasan masjid tu. sementara nak tunggu towing sampai.

sembang lagi.


aku saja jelah tanya dzul, kau klm major apa?

dia suruh aku teka.

aku agak jelah, Malcom ea? (malaysian for international communication) tak tahu betul ke tak acronim tu. tapi kalau salah pon tak jauh dah.

sekali. apa yang aku teka betul.

siap tanya lagi, muka aku nampak macam malcom ke?

alahh. aku agak je, manalah tahu betul.


masani jugak, dengar fakhrul dengan wana dok sembang. katanya lepasni kena datang lagi ni. selagi tak sampai.

pastu, dia juihkan mulut nak tunjuk kat aku sambil tengok wana.

maksudnya nak aku ikut lagi lah...


haha. ofkos guys! kalau korang macamni punya baik perangai kenapa tidak aku ikut kan?


* * *

towing dah sampai. kereta pon diangkut. kalini memang kereta tu naik sepenuhnya atas towing. tak tahu apa istilahnya.

sebab yang first tadi, kereta macam kena heret tu ha. tayar dua kat depan terangkat.


mula-mula dzul dengan fakhrul nak naik dengan abang tu kat depan. pastu wana mintak fakhrul naik ngan kitaorang lah kat belakang ni.

masatu, aku yang drive. cehh. drive! wana kat sebelah dan fakhrul kat belakang.

so, since malam tu nak masuk tahun baru, macam-macam benda yang kitaorang sembang.


cerita pasal life. pasal study. pasal azam tahun baru. pasal penyakit. haha.


"azam tahun baru saya kalau boleh saya nak biar subuh saya awal.."

"eh, tidak sekalo awal dah awak bangun kea biha?"

"awal mananyo.. 6 setengah tu lewat dah sebenarnya. kalau boleh nak bangun sebelum azan subuh lah.."

"ooo.. gitu.."

"sebab kea awak.. saya sokmo teringat hok ba saya pesan.. kalu kita nak tahu samada berkat tak hari yang kita bakal lalui tu, tengok pada permulaannya, iaitu subuh.. awal ko lewat subuh kita?"

"awokk. dengar ni biha oyak pasal subuh.." wana tarik perhatian fakhrul yang dah mengantuk kat belakang tu..

tapi betullah, itu antara azam tahun baru. sebab umur pon makin banyak. tapi antara benda yang rasa sangat kesal, bila permulaan hari masih lagi tak lawa.


pandangan mata dialihkan keluar cermin kereta, sambil termenung dengan azam tahun baru aku sendiri. huhu


sampailah dah tiba kat kl. perasan ada banyak kereta parking tepi jalan. mula-mula takleh nak brain lagi apahal kereta parking tepi jalan ni?

pastu baru ingat, kan nak tahun baru so mestilah nak tengok bunga api. oooo. ni first time lah rasanya tengok keterujaan orang ramai.

masa tu dalam pukul 11 lebih..


sampai dekat tempat yang dijanjikan. kitaorang duduk situ, tepi kedai-kedai. kereta dah diangkut straight ke bengkel.

nak tunggu abam transporter pon satu hal. tak jumpa jalan.


jadi, kitaorang yang terdampar di situ pon menyaksikanlah bunga api sempena tahun baru. 

so, unofficially dah masuk 22 tahun kitaorang semua. sebab semua sebaya. 









so, inilah potret malam tahun baru kitaorang berempat. setelah mengharungi liku-liku 31 disember 2016. 

ini pon sebab wana yang perasan kitaorang takde gambar sama-sama lagi. yelah, sampai pon tidak kat cameron. 

pastu, ada sesi bayar duit. bahagi lah siap-siap, sapa yang banyak keluar duit, berapa nak kena bayar? 

lepastu dengar fakhrul cakap.. "ini kalau rm150, dah banyak mana dah strawberry yang aku boleh beli kat sana.."

haha, aku gelak je. 

si dzul pulak, tergendala lah nak bergambar dengan rayban dia. siannn.

wana, hmm, sama dengan fakhrul sebab diorang tak pernah sampai lagi sana. aku dengan dzul pernah la sampai. dzul tu sebab memang dia orang pahang. 

"tak serikkan?" tanya fakhrul pada dzul.

"Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya!" kata dzul.

hah, gitu jawabnya. 


so inshaAllah, next time. kita semua sampai sana. 

wana dah remind banyak kali lepasni biar diorang (laki) yang sewa kereta, dengan orang yang tahu pasal kereta dia macam mana, boleh jalan jauh ke tidak. is everything ok or not. 

alah, bukan sekali wana cakap, banyak kali. haha



pastu, nak menunggu transporter yang sesat pulak. tak jumpa jalan. 

hampir pukul 2 setengah sampai bilik. nasib baik makgad lepas. itupon aku naik kereta, terus tidur. wana sandar bahu kat aku, aku sandar kepala kat bahu dia. tengok-tengok dah kat gate uia. 


dzul kata, kesiannya tengok korang ni. penat. macam adik-adik. 

* * *

Alhamdulillah, sampai dengan selamat ke uia, setelah mengharungi hari yang sungguh panjang dan mencabarnya Allah saja yang tahu.

paling wana risau bila part nak kena tukar gearbox yang cecah 2k. tapi alhamdulillah. memang bukan tugas orang yang sewa pon gearbox tu. itu tugas owner kereta. 

balik tu, tidur dengan badan yang sangat kepenatan. 



untuk korang, kalau bacalah coretan aku ni kan.

aku nak cakap terima kasih banyak-banyak. terutama sekali korang sempoi. aku dah banyak kali bagitahu wana, nasib baik kita dapat travel buddies macam ni, bila ada masalah tak cepat gelebah. we need this kind of people. so, tak delah bila dah bermasalah tambah pulak dengan masalah manusia. 

aku tak menyesallah follow korang, walaupon 10 peratus lagi kita nak sampai destinasi. sebab aku yakin, Allah Maha Tahu, adalah tu benda yang Dia nak sisihkan dari berlaku. kita pikir positif. 

dan korang pon, sangat banyak membantu terutama sekali koranglah, dzul dengan fakhrul. aku ngan wana ni banyak terlopong je. kadang-kadang blur tak tahu apa nak decide. 

umur kita semua dah masuk 22 tahun pada tanggal 1 January 2017. dan aku percaya, ini antara kenangan yang susah aku nak lupa. sebab banyak benda yang unexpected berlaku dan menguji kapasiti kita yang budak hingusan lagi ni.

aku pon tak perasan masa setuju nak follow korang yang haritu adalah last day dalam tahun 2016. apa yang aku tahu aku nak fresh air, dan aku memang rindu sangat sangatttt dekat cameron!

tapi, guys, kan pengalaman tu ajar kita semua untuk jadi lebih matang. so just enjoy it. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal, wa astaghfirullah hal 'azim. 

inshaAllah, road to cameron next sem k ;)


Comments

Popular Posts