#Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Ba.


Assalamualaikum, 

kehadapan ba tersayang yang sentiasa dalam ingatan along. 


Harini bertarikh 25hb Februari 2017, maka selangkah lagilah usia ba menginjak pergi meninggalkan kenangan tahun-tahun yang sudah.  

Seiring dengan peralihan waktu, uban-uban mula memutih membenarkan bahawa ba bukan lagi seperti mana dalam potret 21 tahun yang lepas. Waktu ba mendukung along, siap berpakaian kemas untuk ketempat kerja, sambil along merangkul erat teddy bear yang ba beli dari Medan. Waktu itu, ba masih muda dan along masih kecil untuk didukung. 

Sekali lagi berbicara soal peralihan masa, 
yang kadang-kadang along terlupa di saat rasa berputus asa dengan namanya ujian dunia, ada seorang lelaki yang tetap setia berada di sisi. Apatah lagi saat tersilap membuat percaturan dalam kehidupan, ba akan hadir untuk menasihati dengan sehalus caranya, kerana tahu jiwa anak perempuan sulong ini terlalu manja di sisi bahunya. 

Peralihan masa yang menenggelamkan along dalam memaknai erti kehidupan manusia, hati yang dipatah-patahkan, renyuk dipijak oleh keadaan serta segala yang berputar tentang kejatuhan, siapa lagi yang paling setia menemani dan membangunkan kembali jiwa anaknya kalau bukan seorang insan yang along panggil ba. 

kaku seketika jari dari meneruskan bicara sunyi ini, genangan air mata lebih mendahului. Ianya memantulkan perasaan terbuku di hati....

cukuplah ba tahu yang along sayang ba, kerana ba adalah insan yang pertamanya sujud syukur dan gembira bila mendapat tahu bahawa umi mengandungkan anak sulongnya. Apa lagi nak disangkal bahawa ba adalah orang menyayangi along sepenuh jiwa dan raga. Menerima kelemahan dan segala cacat cela anaknya, bukan kerana kasih sayang itu membutakan tetapi kerana kasih-sayang tidak memerlukan mata yang celik atau pejam, hanya cukup keterikatan di jiwa yang akan sentiasa memasak rapi sebuah perasaan kasih itu.



maafkan along disepanjang usia ini along kurang sempurna dalam menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang anak. Tapi along akan sentiasa cuba untuk mempraktikkan segala nasihat dan pesan dari ba, kerana itulah tandanya kasih dan berterima kasih. 

dan ketahuilah ba, di sisi ba.. along akan tetap selamanya kecil seperti waktu pertama kali ba menatap wajah along di wad bersalin, suatu ketika dahulu. Along tetap kecil, yang sentiasa memerlukan kasih-sayang dari ba.. dan akan sentiasa manja seperti selalu.. kerana itulah yang menjadikan ba istimewa.



Terima kasih untuk masa lalu, kini dan akan datang.
Terima kasih kerana menjadi yang terbaik untuk along, umi dan adik-adik.

you had proved to me that men really can cook! and we had such a lot of memories being in the kitchen, cooking together and other things. 


Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat ba.
Semoga diberkati akan usia yang mendatang, dan diampunkan segala kesilapan pada masa lalu. Juga semoga amal kebajikan diterima di sisi Allah.

Along sayang ba, dunia dan akhirat. 

yang benar,
anakandamu.




Comments

  1. something interesting the way you say my birthday, so different between them.. hihi... i know u are so thrilled to say it to me because you love me as I love you...tenkiu so much dear..

    ReplyDelete
  2. Kkk xpandai buat ucapan gini. :-)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kakak pun panda juga... kakak tls bnyak plus english language haha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts