#Usrah Buskers: Tok Wan

Assalamualaikum, 

bismillahhirrahmaanirrahim.





Pertama kali kenal tok wan ni masa taaruf week awal semester ni. kalau tak silap ada brother yang jadi komiti taaruf post gambar tok wan kat IIUM online cerita pasal dia adalah pelajar baru untuk pengambilan pengajian peringkat ijazah sesi 16/17.

Lepastu, kali kedua.. bila ada sorang brother ni pulak dia post kat IIUM online, cerita pasal macamana semangatnya seorang penuntut ilmu walaupon dah berusia 70an tapi masih ada keinginan untuk menimba ilmu. Brother ni jugak ada bagi ayat deep untuk para pelajar yang muda-muda macam kita ni. Jangan lembik sangat. 

(credit to the owner of the picture)

Tapi sebenarnya tak berapa ingat contain caption brother tu tulis apa, dah scroll kat fb tapi tak jumpa. Yang dah screenshot kat smartphone tapi dah delete pulak :D

Lepastu bila ternampak dalam whatsapp group ada orang share pasal Usrah Buskers jemput tok wan datang bagi sharing session, terus semangat nak pergi. nak pergiiiii. sebelum ni selalu tak berkesempatan sebab komitmen dengan kelas.

Alhamdulillah kalini, face to face dengan tok wan lah yer kita..




tok wan sedang memberikan perkongsiannya,
riverside UIA.


* * *


Macamana tok wan ada inspirasi untuk sambung pengajian walaupun kita tahu belajar tu bukan suatu yang senang. Tambahan pula dengan keadaan tok wan ni bukanlah orang biasa-biasa, pernah jadi S/U Menteri Besar Kedah (if i not mistaken, Kedah).

Jawapan tok wan;

1. Semangat itu diambil dari perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w

Kita fikir Nabi Muhammad s.a.w tu sebab dia kekasih Allah, jadi bila ada ujian semuanya akan mudah. Padahal hakikatnya baginda s.a.w adalah manusia biasa seperti kita. Sampaikan ada ketika baginda s.a.w diuji dengan tahun kesedihan, serta ujian kaum yang mengancam Islam dan umatnya, Allah turunkan ayat-ayat yang kini terkandung dalam kitab suci al-Quran. Ianya adalah untuk memujuk dan meredakan kesedihan Nabi Muhammad s.a.w. Kerana hakikatnya, kita semua manusia yang akan merasai saat-saat lemah dan longlai dengan peritnya cabaran sebuah kehidupan ini, tidak terkecuali para anbiya'.

2. Semangat yang diambil dari seruan UN Convention. 

Dalam convention ni, masyarakat diseru supaya untuk terus belajar sehingga ke titik akhir. Belajar walaupun usia sudah mencapai umur keemasan. Mereka juga buka peluang kepada golongan-golonga n yang sudah berusia untuk menyambung pengajian diperingkat lebih tinggi. Demi memperkasakan kesedaran terhadap peri pentingnya ilmu dalam pembangunan era kini. 


Quote dari tok wan;


"semangat tu datang dari you! you determined it!"



"komitmen ni kita kena pandai prioritize-kan!"


"kena ada strong will power to show that you can"


"semangat will control you, that you want to left UIA with degree, eventhough it is a third class degree. finish it. dont drop from university. but since you were here, do the best as you can"



tok wan ni orang berpengalaman, yelah. orang yang dah makan garam lebih banyak dari kita. jadi ada satu cerita tok wan share, pengalaman masa dia menjadi penjawat awam satu masa dahulu.

ada seorang wakil rakyat ni, meeting sepatutnya start pukul 10 tapi pukul 10 setengah baru dia sampai. jadi tok wan tinggalkan tempat meeting. sebab dia ikut pada perjanjian. dia cakap if you want me you call me. 

kita boleh tengok prinsip orang yang ada wawasan ni, sering menjaga masa.  oleh sebab dari peristiwa itu, wakil rakyat tersebut tidak lagi ulang benda yang sama sebab sekarang dia dah kenal dengan siapa dia berurusan.


Selain daripada itu, tok wan ada sebut pasal Dr Chandra Muzaffar. Nama ini disebut rentetan daripada soalan audience. Macamana untuk menghadapi saat-saat jatuh ketika alam pengajian. 


Image result for dr chandra muzaffar


Dr Chandra Muzaffar menghidap polio dari kecil menyebabkan dia berkerusi roda sehingga saat ini. tok wan cakap, Dr Chandra Muzaffar ni orang yang pintar, dari kecil lagi. Beliau dah biasa dapat A1 dalam subjek English. Jadi English dia memang powerlah. 

Sebabkan penyakit beliau, kalau ke sekolah orang berolahraga beliau akan duduk di kelas membaca membaca dan terus membaca. Beliau juga seorang yang hebat dalam berucap dan semua orang mahu belajar dengan beliau. 


Kata-Kata Akhir dari Tok Wan

pesanannya, habiskan ijazah ni walau apa cara sekalipun sebab lepas keluar dari UIA ni, kita nak berbakti kepada keluarga, kepada masyarakat dan khususnya kepada ummat Islam. 


* * *


In my point of view,

tok wan adalah salah satu inspirasi besar kepada pelajar UIA. kerana dalam usianya dan pengalamannya yang hebat masih lagi beliau ada semnangat untuk turun dalam medan jihad ilmu.

Apabila mendengar perkongsian daripada tok wan, ianya membawa saya kepada zaman kegemilangan Islam suatu masa dahulu, Ketika mana orang ramai berlumba-lumba untuk mengabdikan diri dalam dunia ilmu. Ramai ahli ulama' yang belajar sehinggakan mereka tidak punya masa kepada diri sendiri. Tidur yang sedikit, bicara yang limit serta berhibur belum pasti. sehinggakan ada yang sampai tidak mendirikan rumahtangga dek kerana fokusnya mereka kepada kecintaan terhadap ilmu, contohnya Al-Tabari.

Kita tidak diminta untuk menjadi seperti ahli ilmuan dahulu, kerana saat ini kita terlalu banyak komitmen. Semakin canggih kehidupan kita, semakin cepat masa yang berlalu itu pergi meninggalkan kita dengan menggunakan alasan 'tugas-tugas', Jadi sebab itu kita tidak punya masa sebanyak ahli ilmuan dahulu, yang sibuk dalam penerokaan ilmu-ilmu Allah. Kurniaan daya ingatan dan ketajaman akal fikiran kita dan ahli ilmuan dahulu juga sangat jauh untuk diukur. 

Ahli ilmuan dahulu bukan setakat mampu menguasai satu bidang ilmu sahaja seperti kita harini, atau double degree setidaknya, malahan mereka mampu menguasai bercabang-cabang bidang ilmu. Seperti Al-Khwarizmi yang mampu menguasai ilmu matematik, astronomi, geografi, cartografi dan sebagainya. Al-Tabari juga misalnya, selain daripada menyumbangkan kepakaran dalam bidang penulisan hadis, dan tafsir, beliau juga terlibat secara tidak langsung dengan penulisan seerah (sejarah). 

Point penting yang kita patut ambil adalah, meletakkan diri dalam lautan ilmu adalah suatu fardhu kifayah dalam usaha menyumbangkan kebaikan dan manfaat kepada masyarakat khususnya kepada agama. Kerana telah disebut bahawa sebaik-baik dari kamu adalah mereka yang bermanfaat kepada yang lain. 

Allah menciptakan kita untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Tugas kita untuk menjaga kesantunan sebuah tamadun yang hanya akan dicapai apabila manusia itu bersifat insani. Ketahuilah bahawa tujuan ilmu itu adalah untuk membawa kita mengenali Allah serta menjadikan ummat manusia ini mempunyai akhlaq yang terpuji. 

Ayuh tajdid niat, dunia ilmu adalah dunia amanah kita sebagai khalifah di muka bumi. 



sekian.


yang benar,
Nabihah Dzir



Comments

  1. Semuga along terus bercerita tentang kesah-kesah masyarakat terutamanya perkara-perkara yang dapat memmberi pengajaran dan serta contoh tauladan kepada orang ramai, contohnya kesah Tok Wan ini, walaupun diusia emas begini namun masih bersemangat untuk menyambung pengajian di ITP, semuga menjadi perangsang kepada adik-adik yang berada diluar sana nanti.

    ReplyDelete
  2. terimakasih ba di atas sokongan yg tidak pernah putus. inshaAllah along akan terus berkongsi apa-apa yg bermanfaat ♡ and you will become as my loyal blog visitor. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment