BTN Maran - Leadership Skill


"Aku rasakan Zek, hati aku terdetik nak masuk kelas khat pasal itulah jalan untuk kau."

Zek loading kejap apa yang aku nak cakap.

"Ha'ah. Aku rasa macamtu jugak. Kau yang beria nak masuk. Aku pulak yang dapat. Padahal masa tu hati aku berbelah bagi."

"Takpe aku tak kesah pon. Dah memang macamtu Allah tulis jalannya."

* * * * *

Aku beria nak masuk kelas khat sebab kalau masuk kelas khat nanti boleh drop subjek leadership.

Aku tau skill leadership ni penting. Tapi sebab aku ada perception yang negative.


Dalam kelas leadership ni mesti dan tak boleh lari dari satu group dengan brothers.

Sebab gitulah nature-nya.

Jadi aku rasa macam, kurang selesa dengan keadaan macamtu.

Based on pengalaman kawan-kawan aku yang dah ambik leadership sem lepas, macam tula diorang cerita.

Nanti dapat projek yang perlu diuruskan. Buat pameran atau handle program apa apa jelah.

So semua tu bergerak mengikut kumpulan.

* * * * *

Sekali bila aku dapat tau aku tak dipilih untuk masuk kelas khat.

Malam tu dah lemau dah rasanya.

Kenapa tak dapat?

Aku dah tulis cukup lawa dah haritu oke.

Kalau nak cakap sebab tulisan aku tak cantik, lebih baik jangan! Haha. I cannot accept it.


Pastu Zek cakap la, masa test ada borang penilaian,

kena ranking kan sendiri certain soalan yang dia tanya.

Ada soalan dia tanya pasal "Can give the whole commitment when you have been selected as Khat's student?"

and certain lagi la soalan yang related.

So aku rank jelah based on aku rasa betul.

Kalau orang lain bulatkan level 5,

Aku mungkin bulatkan level 4. Aku buat mana yang hati aku rasa itu yang sebetulnya.

Jadi, all the calculation aku mungkin rendah sikit dari orang lain yang overall semua bulatkan level 5.

So takpelah.


Lagipun Zek cakap yang pemilihan sem ni ketat sikit. Sebab nak yang betul-betul nak belajar.

Yang sanggup start dari level bawah.


Sebab sebelum-sebelum ni ada je kes yang datang sekali je kelas khat pastu dah tak munculkan diri.

Aisehh.


* * * * *


Jadi, bila dah tak dapat masuk kelas Khat ni, kenalah proceed dengan kelas leadership.

Yang paling aku tak nak sangat sebab nanti kena pergi kem.

Kat Pahang pulak tu.


So packing la barang dengan rasa hambarnya di hati.

Nak kena ada kasut sukan lagi laa. Itu ini lagi.


Siap siap semua bertolak pergi ke BTN Maran, Pahang.

Nasib baik Nina, Najwa dengan Tika ada. Kalau tak memang aku lagi rasa sayu di hati pergi kem dengan orang-orang baru.


* * * * *

Kem Btn biasalah.

Brainwash tu benda wajib.

So hari-hari pertama kat btn tu memang kerja kitaorang dengar talk jelah.

Kalau pedih telinga buat-buat la pergi tandas.


Masa pergi kem tu,

aku slow slow cuba positifkan diri aku.

Since fasi kat situ keep remind us positive kan minda anda.

Kalau tak boleh ambik semua,

sikit pon jadilah.


Jadi, untuk bersikap profesional. Sebagaimana yang ba selalu ingatkan.

Be Professional.

Aku cuba instill positive vibration dalam diri aku.


Memang banyak benda yang kita against diorang.

Tapi inilah masanya Nabihah untuk kau belajar tingkah laku manusia.

Kan kau suka buat benda benda macam ni.

Jadi kalau bukan sekarang peluangnya bila lagi.

Selama ni kan kau deal dengan orang yang fikrah sama je.

Jadi kau kurang nampak macam mana idea dan gaya pemikiran golongan yang berbeza fikrah.

Betul. You should learn them.


So start from one point to one point.

My task is to observe.

Aku observe fasi. Aku observe speaker untuk setiap kali talk.

Dan aku observe air muka students yang join kem tu jugak bila tiap kali kitaorang tengah di brainwash supaya sayangkan negara dan hargai apa yang kerajaan buat.


Sebab yang join kem tu bukan aku tak tau ramai yang kaki rebell.


* * * *

First, to be a leader we should learn how to be calmed.

Because a leader is a person who will take the responsibility to be in the infront,

in solving any task coming.


Leader tak boleh cepat melatah.

Tak boleh cepat tunjukkan air muka tak suka bila berhadapan dengan golongan yang membawa idea yang menongkah arus.

Leader harus dan wajib bersikap profesional.

If someone who you dont like is talking in front of you,

give your attention, pastikan anda hormat dia dengan memandang dia bila dia bercakap.

Jangan tinggikan suara atau jangan mulakan provokasi.

Jaga air muka kita.

Paling tak mampu, istighfar dalam hati.

Paling tak mampu, minta diri untuk beransur pergi.

Semuanya buat dengan berhikmah.


Jadi, benda yang kat atas tu semua benda yang telah dipraktikkan oleh our Prophet Muhammad sallahu alaihi wassalam.


Supported evidence : Based on the sirah Prophet sallahu alaihi wassalam.


* * * * *

Aku ni jenis yang tak boleh makan dalam tray.

Aku tak tahu kenapa.

Bila tengok tray je, aku rasa dah loya.


Mungkin la kan,

sebab aku ni anak warden, jadi dari kecik aku selalu tengok kakak kakak asrama pergi dewan makan bawak tray.

Sometimes, diorang makan tak habis tau.

Lepastu diorang masa tu tak tahu la ada yang jenis bila tak habis makan tinggal je tray tu dengan sisa sisa makanan.

Lepastu lalat datang hurung. Kucing. Semut.

Eeeeeii.

Bukan satu dua tray macam tu. Boleh kata ramai yang buat macamtu.

Then sampai satu masa, keadaan tu timbulkan bau.


Nak dijadikan cerita.

Biasalah kan, kadang kakak-kakak asrama ni diorang makan lepastu jumpa something macam ulat ke,

then diorang bawak la tray tu sekali pergi rumah aku sebab nak tunjuk dekat ba.

Kira buat report la.

Aku kan budak lagi masa tu, so jenguk la apa yang ada dalam tray.

Hohoho.

Memang diorang akan buat macamtu tiap kali jumpa sesuatu.


Lama-lama bila aku dah over expose. Aku memang dah tak boleh nak makan dalam tray. Nak nak kalau pergi kem. Oh seksa!

Terus datang bayangan ulat, bau sisa makanan bla bla bla.

so bad.


* * * * *


Tapi kalini,

aku latih diri aku.

First time waktu makan aku nampak tray yang tersusun.

Alamak! makan dalam tray ke?

Kawan-kawan yang incharge bahagian sendukkan nasi apa semua tu.

Diorang dah cedokkan nasi untuk aku.

Diorang hulurkan tray,

aku ambik walaupun teragak-agak.

Ni kalau tak makan Nabihah memang kau cari nahas. haha


Aku monolog dulu awal-awal.

"Aku tak makan dalam tray. Aku tak suka."

Hmmmm.

Kawan-kawan aku kat sebelah tengok je aku.

"Kau dah kenapa Biha?"

Aku sengih pastu cakap, takde apa apa.


Turning pointnya,

aku terpaksa cakap kat diri sendiri.

"Ok Nabihah, kau boleh makan pakai tray. Kau boleh. Jangan risau. Makan je, Buat tak tahu."

Alhamdulillah.

Even bayangan negative tu hadir. Aku pandai dah control.

Alhamdulillah.

Yelah kalau tak makan nanti lapar.

Sebab sebelum ni memang aku tak sentuh sangat makanan yang makan pakai tray kalau pergi kem.

Kalau makan pon mesti tak habis.


* * * * *

Aku suka kem btn, bila masa makan.

Sebab semua orang wajib basuh tray dan gelas diorang sendiri.

Tak terkecuali barisan fasi sendiri.

Aku boleh cakap aku suka sangatlah suasana tu.

Sebab aku paling tak boleh tahan kalau orang lelaki makan tapi pemalas nak basuh pinggan mangkuk sendiri,

Memang.... eee je rasanya.


Sebab tu la adik-adik lelaki aku, kalau aku ada kat rumah diorang punya tertib kat meja makan lain.

Sisa makanan yang jatuh, sendiri kutip. Kalau diorang dah siap basuh tangan lari masuk bilik. Aku cari jugak diorang, suruh kutip sisa yang tumpah dekat meja makan.

Itu tanggungjawab. Bukan benda besar sangat. Tapi sebab bukan benda besarlah kita selalu terlepas pandang.

Kalau yang adik kecik-kecik tu,

tak haraplah diorang basuh pinggan kan nanti macam-macam bunyi ada kat dapur.

Cukup sekadar diorang pastikan sisa makanan yang ada dalam pinggan tu diorang dah siap-siap buang dalam plastik sisa makanan.

Kalau ada lagi. Dengarlah kak long seru nama sorang-sorang.


 *Rindu kat diorang ke sister? huhuhu



* * * * *


The last day was the awesome day,

pagi-pagi lagi kitaorang bersiap.

Sebab nak jungle trekking.

Pagitu memang prepare betul betullah.

Pakai stokin yang habis panjang sebab nak prevent dari kena gigit pacat nanti.


So bermula aktiviti luar dewan kami pagi tu.

Berbaris mengikut kumpulan.

Dan mula bergerak ke dalam hutan juga mengikut kumpulan.

Kat depan ada fasi.


So by group tu aku jalan yang paling last.

Aku pon tak tahu kenapa aku yang paling last masa tu.

Sebab orang lain semua nak jalan belakang brothers dalam group aku.

Diorang rasa selamat kot.

Takpelah belakang pon belakang lah.


Dapatlah rasa pengalaman jungle trekking masa tu.

Untuk yang pertama kalinya. Hahaha

Kata suka nature, tapi jungle trekking tak pernah. apa la sister ni.


* * * * *


Sampai dekat check point terakhir.

So tamatlah aktiviti jungle trekking.

Oh lupa nak cakap, kitaorang ada task.

Dia bagi kertas yang ada perkataan-perkataan yang perlu kita eloborate menjadi ayat.

Kena selesaikan sepanjang perjalanan.

Settle semua benda.

fasi fasi bagi kitaorang makan pagi.

Masa tu lokasi kitaorang dekat tepi sungai. uuuuuu~

Jadi aku dengan Mayra decide nak makan kat atas batu yang ada tepi tepi sungai tu. Cetek je paras betis.

Ada la jugak setompok dua lagi brothers dan sisters yang tengah makan. Tapi jarak la kitaorang.


* * * * *


Lepas makan nasi lemak denga telur rebus sebiji sorang.

Semua beratur masuk barisan.

Ok. Kalini kitaorang akan ditugaskan denga final task.


What we should do?

First, fasi panggil semua ketua kumpulan berkumpul.

Haa masa tu semua orang dah kecoh.

Kena masak ke? Kena masak ke?

Haha..

Jadi memang la kitaorang kena masak.

Sebab dah jelas jelas ada ayam hidup terkurung dalam sangkar baru je sampai dekat tempat kitaorang.


Hoho.

Siap taklimat. Ketua kumpulan masuk barisan.

Keadaan dah mula kecoh.



Misi bermula.

Tugas group aku kena sediakan tempat makan.

"Oh senang je.. nasib baik tak kena bahagian masak.."

lepastu Naim, ketua kumpulan aku cakap.

"Memang senang, tapi... tapi.. sambil sengih.. kita kena fikir sendiri tau nak makan dalam apa. Sebab diorang tak sediakan pinggan dan cawan.."

ha masatu masing-masing pandang satu sama lain.

Yang jadi masalahnya, kitaorang dalam hutan kelapa sawit. Tadi masa jungle trekking memang tak adanye pokok pisang. Kelapa sawit je yang banyak.


Bincang punya bincang.

Setuju nak anyam daun kelapa sawit. Nak buat makan atas tu.


* * * * *


Siap carik daun kelapa sawit, kebetulan ada yang pokoknya rendah. Sampai botak pokok tu. Haha

tiba-tiba groupmate datang cakap kat kitaorang yang tengah basuh daun dekat tepi sungai.

Bagitahu kata fasi taknak kitaorang guna daun kelapa sawit.

Ok fine.

So, yang brothers ni pergi la masuk hutan yang jauh sikit.

Semata nak cari daun pisang.

Alhamdulillah jumpa jugak.


* * * * *


Paling memoriable bagi aku,

masa tu tengah anyam daun kelapa sawit, nak buat alas makan vip. Yelah tadi kan tak jadi buat pinggan. So dari membazir baik la manfaatkan.

Jadi masa tu sedang elok tekun dok menganyam, tiba-tiba kecoh dekat kawasan memasak.

Rupanya ayam yang nak disembelih terlepas.

oii kalut semua orang.

Memang kampung style betol la.

Tengok brothers kejar ayam tu.

Bila dah dapat tangkap semua rakyat jelata bertepuk tangan.


 * * * * *

Barisan Fasilitator.
Kat tengah tu semua makanan yang dah dihidang. Tutup dengan daun
apa pon kitaorang tak tahu. Haha.



Kitaorang buat aktiviti terakhir ni dalam hutan.

So tak ada nye air paip ke letrik ke apa semualah.

Kumpulan yang kena masak pon diorang masak pakai dapur kayu.

Alhamdulillah sedap semuanya.
Kari Ayam, Sayur Goreng, Daging Masak Cili & Telur Dadar

Itu Pak Nuar. Ayah kitaorang kat sana. InshaAllah
dia bukan macai. Hahahaha


Yang depan sekali tu fasi group kitaorang.
Yang baju hijau depan, Naim. Sorang lagi Adi. Selebihnya sisters groupmate aku.


Apa yang paling aku boleh highlight-kan,

biasalah dalam bergerak kerja ni mesti ada yang tak puas hati antara satu sama lain.

Dan aku sangat tak welcoming sikap tu.

Sebab nanti boleh membantutkan kelancaran gerak kerja.

Aku boleh respect la dengan ketua aku,

sebab dia walaupun anak buah tekan macam mana, dia tetap rilek.


Sister ni kan sifat dia suka provoke. haha. Gender aku sendiri padahal,

tapi itulah kebiasaannya.

Air tak cukup pon nak kecoh. Benda boleh handle sebenarnya.

Itu tak kena ini ni tak kena,

tak puas hati dengan orang tu orang ni.

alahai...

sebenarnya hal kecik je.

Sister kalut, brother cool.


Masa tu ingat lagi, pasal bekas air ada group mana bawak lari,

so sebab group kitaorang incharge bahagian penyediaan apa semua,

ada lah sister group aku ni mengadu kat ketua aku.

Aku menyampuk la,

takpe rilek la. Kalau habis habislah. 

Pastu aku tengok ketua aku buat signal tangan dia,

rilek rilek. Sekarang tak payah fikir lebih lebih dah. Semua settle. 

makan je bagi kenyang.


So, konklusinya memang aku belajar..

Aku kira budak yang pendiam ni tak boleh diharap.

Rupanya diorang boleh.

Kena dengan caranya.

Salute la bro!







Banyak wasilah yang Allah bagi untuk kita kutip ilmu dan pengalaman.

tapi kita takkan dapat kalau kita selalu letakkan benda negatif di hadapan.

Ye, setiap benda ada baik dan buruknya sendiri.

Aku tak nak masuk kelas leadership bukan sebab aku tak reti berkawan dengan lelaki,

tapi sebab aku nak limitkan pergaulan aku dengan berlainan gender.


Tapi itulah, mungkin Allah lorongkan jugak aku masuk leadership supaya aku dapat belajar.

Sampai bila nak lari dari deal dengan berlainan gender? Sebab nature gerak kerja di Malaysia memang macam ni.

Cuma, kena la pandai kawal keadaan. 

Belajar macam mana untuk ada prinsip. 

Antara lelaki dan perempuan dalam bergerak kerja ada limitnya.

tak payah nak huha huha lebih-lebih.


Niat kena refresh sentiasa. 

Semua ni pengalaman untuk diri sendiri yang mana akan diimplementasikan bila waktunya.

kata nak jadi cikgu kan.

Nak jadi cikgu kena la banyak ilmu dan pengalaman.

kalau nanti jadi cikgu yang ada pengalaman yang matang in dealing with different gender (sebab pengalaman ni ada je yang bersifat tak matang), so you'll know how to make sure your future student deal with the same situation that you have been through before. 

Antara lelaki dengan perempuan kan, memang satu angkatan yang Allah dah cipta untuk lengkapkan each other.

Ada certain bahagian yang memang perempuan lebih berkemahiran, maka diutamakan untuk perempuan. vice versa.


InshaAllah next sem, I'll take parenting skill. Compulsory for every student whoever finished leadership skill.


(9th Oct 2015)

Comments

Popular Posts