Mok Jae
Mok Jae
Setiap hujung minggu, aku dan keluarga yang ada di Kuala Krai pasti akan segera pulang ke kampung. Kami pulang untuk bertukar shift dengan Mama Cik.
Sudah tiada lagi istilah berhujung minggu untuk berehat kerana hujung minggu itu adalah masa kami untuk bekerja menjaga Mok Jae di HUSM, Kubang Kerian.
Tengkuknya telah ditebuk. Mok Jae dah tak mampu untuk bernafas menggunakan paru-parunya sendiri. Mok Jae memerlukan bantuan mesin khas, oleh itu Mok Jae harus merelakan dirinya ditebuk di kawasan tengkuk.
Selesai semua urusan penyerahan rawatan Mok Jae kepada pihak hospital, maka inilah kediaman baru Mok Jae. Kemudian doktor yang bertugas merawat Mok Jae sepanjang keberadaannya di HUSM, meminta izin untuk pulang.
Ba tak henti-henti ucapkan terima kasih, dengan penuh bersemangat Ba bersalam dengan doktor. Terima kasih juga kepada nurse pengiring di atas budi mereka yang telah memberikan perkhidmatan terbaik untuk Mok Jae selama ini.
Sebaik sahaja ambulans HUSM beransur hilang dari pandangan, aku mula merasakan bahu aku sudah semakin memberat. Seolah-olah lepas ni sudah tidak ada masa untukku berehat.
Memandangkan aku sedang menunggu keputusan SPM, sudah tentu yang akan memegang tanggungjawab besar menjaga Mok Jae di hospital adalah aku. Kiri kanan ku saat ini rasa semakin gelap. Aku tak bebas lagi.
Maka selepas itu, bermulalah
episod baru kehidupan aku menjaga Mok
Jae.
Waktu siang hari, aku akan menjaga Mok Jae sampailah adik-adik pulang dari sekolah. Kemudian mereka akan menggantikan tempatku seketika, jadi bolehlah pulang ke rumah sebentar. Pulang untuk terjun ke atas katil, menggeliat sepuasnya. Badan terasa penat bila asyik kena duduk di kerusi, selebihnya kehulu kehilir di wad.
Kadang-kadang aku buat semua kerja tu dengan perasaan yang lansung tak ikhlas. Sebab buat benda yang kita tak suka, macam mana nak ikhlas?
Sampailah masa untuk makan, aku kena suapkan Mok Jae. Tangan Mok Jae tak berapa gagah lagi. Aku tolong carik-carikkan lauk ayam supaya halus. Mok Jae semenjak datang Kuala Krai ni semakin berselera makannya.
Lama-lama, Mok Jae dah start boleh makan tanpa perlu orang lain suapkan. Tak tahulah macam mana Mok Jae buat. Cumanya Mok Jae memang dan boleh bersuap pakai kudrat sendiri. Hanya bila tiba masa Mok Jae memerlukan pertolongan dari segi tenaga yang lebih seperti carikkan lauk-pauk supaya jadi halus, maka ada orang lain yang akan buatkan untuknya.
Tak sempat lagi untuk aku angkat panggilan tu, Mok Jae matikan panggilannya. Sekarang aku tahu, Mok Jae sudah bangun. Bila melihat jam di skrin handset, hampir pukul 4 pagi. Aku rasakan tidur yang langsung tak cukup.
Selang beberapa ketika, Mok Jae bunyikan suara. Dia cakap dia dahaga dan dia nak tukar lampin. Sebab dah penuh dan rasa tak selesa. Jadi seperti biasa aku capai glove, aku capai mask, pakai siap-siap dan mula bertugas untuk uruskannya.
Boleh dikatakan setiap kali nak tukarkan lampin, aku akan diam saja. Tak senyum langsung. Sepatah perkataan pon tak keluar dari mulut melainkan kalau betul-betul memerlukan aku untuk bersuara.
Sejujurnya aku memang tak suka waktu kena tukar lampin. Yelah, siapa yang suka berhadapan dengan benda-benda macam tu? Tak ada siapa pon yang suka.
Mok Jae pula diam saja masa tu. Dia cuba bercakap sepatah dua, tapi aku balas dengan hambar sebab tak ada mood.
Beberapa kali gagal waktu nak inject akhirnya berjaya juga. Tapi darah Mok Jae pula lambat nak penuh dalam sukatan yang dia nak. Bila dah selesai, doktor tu minta maaf sebab tadi Mok Jae kena tahan sakit sebab susah nak inject.
Aku dan emah memandang satu sama lain. “Boleh tahan..” Celah aku.
Tapi kesian Mok Jae sebab sakit tadi. Lepastu aku dan Emah sempat lagi menyakat Mok Jae,
Sedang aku bersiap-siap untuk menunaikan solat Maghrib, tiba-tiba handsetku berbunyi. Ada mesej baru yang masuk.
Entahlah siapa agaknya.
Handset tu kebiasaannya memang sunyi, kalau ada pon bunyi itu mungkin mesej yang dihantar oleh Celcom. Kesian betul.
Ada satu ketika, Mok Jae perlu
ditukarkan lampinnya. Aku minta Emah untuk berehat saja di ruang solat. Tapi
dia berkeras mahu tolong aku untuk menguruskan Mok Jae. Aku tak sampai hati
untuk biarkan dia melihat semua tu sedangkan aku sendiri dulu geli.
Dari detik itu, aku mula menanam azam baru.
Aku mahu merawat Mok Jae dengan seikhlas hati. Aku cuba bayangkan kalau Umi atau Ba yang sedang berada ditempat Mok Jae, tentunya aku akan buat yang terbaik. Lagipun, Mok Jae tu bukan orang asing, dia ibu saudaraku juga.
Aku bertanya pada dia kalau-kalau dia mahukan air atau apa-apa saja. Tapi bila ditanya, dia senyum dan gelengkan kepala. Kemudian dia mengalihkan sedikir badannya mengadap ke sebelah kanan. Mok Jae membelakangi aku.
Sebaik sahaja aku keluar dari rumah. Kepala aku terasa kosong, memang seperti orang yang tak tahu arah. Aku ke rumah Cikgu Matnor, tapi sayangnya dia tiada di rumah. Aku soal diriku lagi, kemana Nabihah kamu mahu pergi?
Aku berjalan saja mengikut kaki yang melangkah. Ia membawa aku ke rumah Sir Zaili. Aku ketuk pintu rumahnya. Bertalu-talu sambil memberikan salam.
Sepanjang perjalanan ke hospital, aku diam seribu bahasa. Mulutku tak henti-henti berzikir.
Sesampai di kawasan hospital, aku mengucapkan terima kasih kepada sir. Lalu turun dari keretanya.
Langkahku sangat laju. Aku segera mahu ke sana. Untuk melihat sendiri tentang apa yang Ba katakan. Sekarang waktu melawat dan orang sedang ramai. Lif pula penuh. Jadi aku memutuskan untuk menaiki tangga sahaja. Semakin hampir dengan wad semakin kakiku terasa lembik.
Aku nampak Ba. Tanpa berfikir panjang aku datang kepadanya dan terus memeluk Ba. Aku lihat pintu wad di mana Mok Jae ada di dalamnya sudah cukup membuatkan aku longlai. Aku menangis dalam pelukan Ba. Menangis semahuku. Orang-orang yang lalu lalang di sekitarku sudah tidak aku endahkan.
Detik terakhir arwah, Adik lelakiku yang ada di sisi Mok Jae.
Saat-saat cemas berlaku di mana Mok Jae seolah-olah tercekik dan memerlukan suction. Jadi adik lelakiku seperti biasa akan membuat suction untuk Mok Jae.
Tapi apabila dia cuba memasukkan wayar dalam lubang di tengkuk Mok Jae, seolah-olah lubang itu tersekat. Wayar yang sepatutnya boleh dimasukkan lebih dalam tapi kali ini tidak. Seperti ada sesuatu yang menyekat dalam rongga tekak Mok Jae.
Jadi adikku rasa bersalah. Sebab di saat nafas terakhir Mok Jae, dia ada bersamanya.
Dia mungkin tak faham lagi apa yang sedang berlaku. Itu sebabnya dia asyik salahkah diri sendiri. Aku kemudian memeluknya. Aku katakan ini bukan salahnya tapi ini ketentuan dari Allah.
Dia menangis, dan aku juga menangis.
Sesekali saat membaca Yasin, pipi dibasahi juga dengan air mata. Segera aku menyapunya. Aku tahu, kematian itu tidak elok untuk diratapi.
Tibanya di kampung, orang ramai sudah mula memenuhi halaman rumah. Aku dan adik-adik terlebih dahulu turun dari van jenazah. Kami segera naik masuk ke dalam rumah.
Setelah itu arwah pula diusung masuk ke dalam rumah, dan diletakkan di sudut hujung rumah Tok Wan, maka tahulah aku di ruang itu jenazah Mok Jae akan dimandikan dan dikafankan.
Lalu, tanpa teori aku dan kakak terus terjun kepada praktikal. Segala persepsi takut kepada mayat hilang entah ke mana. Sedangkan dulu, melihat keranda jenazah pon aku mula rasa tak selesa. Sekarang, jenazah di hadapanku sedang siap tersedia untuk dimandikan.
Barangkali disebabkan saat hidupnya tangan ini pernah merawatnya, maka saat dia pergi bukan lagi seolah-olah dia itu mayat tapi melihat dia seolah-olah sedang tidur.
Perasaan di saat mahu memandikan dia setelah meninggal sama seperti perasaan tika mana aku mahu memandikannya saat dia masih hidup. Berbezanya, cuma kali ini matanya sahaja yang pejam.
Selesai dimandikan, arwah dikafankan pula. Melihatkan pakaian yang arwah pakai sama sekali berbeza dengan baju yang biasa aku pakaikan di hospital dulu. Kali ini warnanya putih. Dulu bajunya berwarna hijau.
Aku hadiahkan satu kucupan di dahi Mok Jae.
Penat, letih, cemuh.
Mok Jae tak juga tunjukkan sebarang
petanda positif.
Entah bilakah Mok Jae boleh balik
ke rumah.
Masih lambat lagikah untuk semua ni
berakhir?
Setiap hujung minggu, aku dan keluarga yang ada di Kuala Krai pasti akan segera pulang ke kampung. Kami pulang untuk bertukar shift dengan Mama Cik.
Sudah tiada lagi istilah berhujung minggu untuk berehat kerana hujung minggu itu adalah masa kami untuk bekerja menjaga Mok Jae di HUSM, Kubang Kerian.
Bagaimana untuk meneruskan hidup?
Terasa begitu sempit dada ini bila memikirkan bebanan kos sara hidup semakin
meningkat.
Walaupun bukan aku yang berbelanja untuk segala kos yang mengalir, tapi aku sebagai anak pasti turut terjejas. Banyak sudut yang memerlukan kami untuk lebih berhemah dalam menguruskan kewangan.

* * * * *
Aku mencebik muka sebaik sahaja
mendapat tahu bahawa Mok Jae betul-betul akan dipindahkan ke Hospital Kuala
Krai. Terasa seperti batu besar hendak menimpa kepala.
Apa lagi aku boleh buat. Segala ketidakpuasan hati dihela sendirian.
Kelihatan ambulans daripada HUSM tiba di Hospital Kuala Krai. Selepas itu aku lihat doktor yang merawat Mok Jae, dan seorang lagi nurse pengiring turun dari ambulans. Mok Jae kelihatan penat, sama seperti selalu.
Katil ditolak masuk ke dalam unit kecemasan. Kalut semua orang yang terlibat untuk proses menguruskan Mok Jae.
Aku melihat satu demi satu bagaimana saatnya Mok Jae dipindahkan dengan wayar berselirat di badannya.
Apa lagi aku boleh buat. Segala ketidakpuasan hati dihela sendirian.
Kelihatan ambulans daripada HUSM tiba di Hospital Kuala Krai. Selepas itu aku lihat doktor yang merawat Mok Jae, dan seorang lagi nurse pengiring turun dari ambulans. Mok Jae kelihatan penat, sama seperti selalu.
Katil ditolak masuk ke dalam unit kecemasan. Kalut semua orang yang terlibat untuk proses menguruskan Mok Jae.
Aku melihat satu demi satu bagaimana saatnya Mok Jae dipindahkan dengan wayar berselirat di badannya.
Tengkuknya telah ditebuk. Mok Jae dah tak mampu untuk bernafas menggunakan paru-parunya sendiri. Mok Jae memerlukan bantuan mesin khas, oleh itu Mok Jae harus merelakan dirinya ditebuk di kawasan tengkuk.
Selesai semua urusan penyerahan rawatan Mok Jae kepada pihak hospital, maka inilah kediaman baru Mok Jae. Kemudian doktor yang bertugas merawat Mok Jae sepanjang keberadaannya di HUSM, meminta izin untuk pulang.
Ba tak henti-henti ucapkan terima kasih, dengan penuh bersemangat Ba bersalam dengan doktor. Terima kasih juga kepada nurse pengiring di atas budi mereka yang telah memberikan perkhidmatan terbaik untuk Mok Jae selama ini.
Sebaik sahaja ambulans HUSM beransur hilang dari pandangan, aku mula merasakan bahu aku sudah semakin memberat. Seolah-olah lepas ni sudah tidak ada masa untukku berehat.
Memandangkan aku sedang menunggu keputusan SPM, sudah tentu yang akan memegang tanggungjawab besar menjaga Mok Jae di hospital adalah aku. Kiri kanan ku saat ini rasa semakin gelap. Aku tak bebas lagi.
* * * * *
Waktu siang hari, aku akan menjaga Mok Jae sampailah adik-adik pulang dari sekolah. Kemudian mereka akan menggantikan tempatku seketika, jadi bolehlah pulang ke rumah sebentar. Pulang untuk terjun ke atas katil, menggeliat sepuasnya. Badan terasa penat bila asyik kena duduk di kerusi, selebihnya kehulu kehilir di wad.
Hari pertama aku menjaga Mok Jae
bersendirian di wad. Rasa teramat bimbang bila tiba masanya Mok Jae memerlukan aku
untuk melakukan suction. Aku takut kalau aku tak dapat uruskannya dengan betul.
Itu yang paling merunsingkan aku.
Sebelum ini semasa Mok Jae di HUSM, aku hanya
memerhatikan sahaja adik lelakiku menguruskan proses suction. Tak pernah
pula cuba untuk buat sendiri disebabkan perasaan gerun. Tak mudah bagiku untuk memasukkan wayar penyedut itu ke dalam lubang yang dah ditebuk ditengkuk Mok Jae.
Pantasnya, hari pertama aku memang kalut.
Sewaktu Mok Jae memerlukan suction, aku panik dan terus memanggil nurse untuk tolong buatkan. Alih-alih, aku pula yang disindir dengan nurse sebab aku tak tahu buat. Kata dia, sepatutnya sebagai ahli keluarga yang menjaga si pesakit mestilah tahu untuk uruskan proses suction terhadap pesakit. Tak boleh harapkan nurse saja.
Aku iyakan saja, malas nak berbahas-bahas sebab kalau setakat alasan bahawa aku gerun untuk jolok wayar ke dalam lubang di tengkuk Mok Jae tu mungkin akan direject mentah-mentah.

Tapi yang melucukan pula, masa aku
panggil nurse yang awal-awal tadi, dia pon kalut juga sebab tak tahu macam mana
caranya nak buat suction. Sampai dia kena panggil lagi 2,3 orang nurse yang
lain. Kecoh sungguh.
* * * * *
Waktu yang aku paling tak suka masa
jaga Mok Jae ialah bila Mok Jae ‘membuang’. Tak kiralah membuang yang
besar atau yang kecil. Sebab aku segan nak cucikan berak kencing dia. Tapi nak
buat macam mana, aku perlu juga buat kalau tak buat siapa lagi yang akan buat?
Mok Jae perlu dipakaikan dengan pampers memandangkan kini dia dah tak bebas bergerak. Waktu mandi atau buang air, kedua-duanya memerlukan aku berlari kehulu kehilir. Ke tandas untuk ambil air bersih yang ditadah di dalam mangkuk besi. Kemudian ke bilik pakaian untuk ambilkan baju dan kain, digantikan dengan yang dah kotor.
Nak mandikan Mok Jae ni aku rasa penat
sangat, perlu menyabun Mok Jae, tukar baju lagi, uruskan rambutnya dan
bersihkan najisnya. Mok Jae duduk statik di atas katil, kan sebab dia tak boleh
bebas bergerak. Semua benda kena buat secara perlahan-lahan, kena buat dengan
lembut.
Kadang-kadang aku buat semua kerja tu dengan perasaan yang lansung tak ikhlas. Sebab buat benda yang kita tak suka, macam mana nak ikhlas?
Sampailah masa untuk makan, aku kena suapkan Mok Jae. Tangan Mok Jae tak berapa gagah lagi. Aku tolong carik-carikkan lauk ayam supaya halus. Mok Jae semenjak datang Kuala Krai ni semakin berselera makannya.
Lama-lama, Mok Jae dah start boleh makan tanpa perlu orang lain suapkan. Tak tahulah macam mana Mok Jae buat. Cumanya Mok Jae memang dan boleh bersuap pakai kudrat sendiri. Hanya bila tiba masa Mok Jae memerlukan pertolongan dari segi tenaga yang lebih seperti carikkan lauk-pauk supaya jadi halus, maka ada orang lain yang akan buatkan untuknya.
* * * * *
Pada waktu malam juga adalah saat yang mencabar bagi penjaga kepada Mok Jae. Tiada istilah tidur dengan nyenyak bagi
orang yang menjaganya.
Mok Jae akan mengejutkan penjaganya untuk dimintanya sesuatu. Kadang-kadang Mok Jae nak air, sebab tekaknya terasa haus. Kadang-kadang juga Mok Jae kejutkan sebab dia memerlukan suction. Setiap malam benda yang sama akan berulang.
Sudah pasti mukaku masam saja bila terpaksa bangun dari tidur semata-mata untuk hulurkan cawan atau buat benda-benda lain yang berkaitan.

Sehinggalah pada suatu malam, Mok Jae tidur
nyenyak. Sangat berharap supaya Mok Jae tidur betul-betul nyenyak.
Tak terbangun untuk minta apa-apa, dan aku harap Mok Jae tak terganggu dengan
sebarang rasa tak selesa yang mana menyebabkan dia boleh terjaga dari tidurnya.
Lama aku perhatikan Mok Jae. Bila aku nampak yang dia tidur dengan lena, aku
perlahan-lahan berjalan menuju ke bilik kecil, yang mana dijadikan surau untuk
penjaga menunaikan solat.
Ya Allah, gembira teramat sangat
saat itu. Walaupun sekadar lantai kosong tapi aku rasa bagai ada tilam tebal.
Aku tak membuang masa lagi lalu terus aku berbaring. Bersama-sama aku ada 2
orang lagi makcik yang sedang tidur.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi.
Dari kejauhan lebih kurang 30 langkah dari bilik aku tumpang berehat, aku sudah dapat dengar bunyi mesin khas untuk Mok Jae bernafas. Tet. Tet. Tet. Tet.
Namun disebabkan penat, ianya seperti angin lalu. Tak tahu bila masanya, aku terlena juga.

Handsetku berdering. Dengan keadaan berputar-putar aku
bangun melihat skrin handset.
“Oh..
Mok Jae..”
Tak sempat lagi untuk aku angkat panggilan tu, Mok Jae matikan panggilannya. Sekarang aku tahu, Mok Jae sudah bangun. Bila melihat jam di skrin handset, hampir pukul 4 pagi. Aku rasakan tidur yang langsung tak cukup.
Aku menyarungkan kakiku dengan selipar sambil mengeluh
dua tiga baris, lalu berjalan menuju ke
katil Mok Jae. Biarpun waktu itu wad sunyi sepi, memandangkan kebanyakan
pesakit masih lagi tidur tapi tidak bagi pesakit aku. Mok Jae memerlukan aku
untuk bertugas.
Sebaik aku sampai di katil Mok Jae, kelihatan air mukanya
menunjukkan rasa tak puas hati.Yelah sebab aku tinggalkan dia. Eloklah waktu Mok Jae tak puas hati dengan aku,
aku pon rasa benda yang sama sebab tak
cukup tidur.
Dengan tak ikhlasnya aku
tanya apa yang Mok Jae nak? Lepastu dia palingkan mukanya dari aku. Ada
aku kisah? Nak marah-marahlah. Aku pon penat juga.
Selang beberapa ketika, Mok Jae bunyikan suara. Dia cakap dia dahaga dan dia nak tukar lampin. Sebab dah penuh dan rasa tak selesa. Jadi seperti biasa aku capai glove, aku capai mask, pakai siap-siap dan mula bertugas untuk uruskannya.
Boleh dikatakan setiap kali nak tukarkan lampin, aku akan diam saja. Tak senyum langsung. Sepatah perkataan pon tak keluar dari mulut melainkan kalau betul-betul memerlukan aku untuk bersuara.
Sejujurnya aku memang tak suka waktu kena tukar lampin. Yelah, siapa yang suka berhadapan dengan benda-benda macam tu? Tak ada siapa pon yang suka.
Mok Jae pula diam saja masa tu. Dia cuba bercakap sepatah dua, tapi aku balas dengan hambar sebab tak ada mood.
* * * * *
Ada suatu hari, seorang doktor
tinggi lampai datang menghampiri katil Mok Jae. Dia bagitahu bahawa dia datang
nak ambil darah Mok Jae.
Doktor tu nampak kekok semacam, entahlah mungkin dia segan dengan aku dan Emah agaknya.

Sudah beberapa kali dia cuba untuk
tusukkan jarum di pergelangan tangan Mok Jae, tapi tak berjaya. Tak jumpa
urat tekaku sendiri. Muka Mok Jae masa tu dah tunjuk gaya tak
selesa. Sebab dah berapa kali Mok Jae mengeluh, menahan sakit.
Beberapa kali gagal waktu nak inject akhirnya berjaya juga. Tapi darah Mok Jae pula lambat nak penuh dalam sukatan yang dia nak. Bila dah selesai, doktor tu minta maaf sebab tadi Mok Jae kena tahan sakit sebab susah nak inject.
Aku dan emah memandang satu sama lain. “Boleh tahan..” Celah aku.
Tapi kesian Mok Jae sebab sakit tadi. Lepastu aku dan Emah sempat lagi menyakat Mok Jae,
“Mok Jae dok kat hospital ni jangan
lebih-lebih yer. Bagi kat kitaorang sudah. Jangan mengada nak kenyit-kenyit
mata dengan abang doktor…”
Mok
Jae tak nak kalah,
“Sebelum dapat dekat anak sedara
tentulah akan dapat dekat mak sedaranya dulu.” Mok Jae berseloroh sambil
ketawa.
* * * * *
Malam itu aku balik ke rumah. Tukar
shift dengan Ba sekejap. Aku balik untuk berehat. Esok pagi pula giliran untukku bekerja. Malam
ni Ba bagi peluang untuk aku tidur dengan tenang di rumah.
Sedang aku bersiap-siap untuk menunaikan solat Maghrib, tiba-tiba handsetku berbunyi. Ada mesej baru yang masuk.
Entahlah siapa agaknya.
Handset tu kebiasaannya memang sunyi, kalau ada pon bunyi itu mungkin mesej yang dihantar oleh Celcom. Kesian betul.
Bila
aku tengok handset,
“Oh.. dari Mok Jae..”
Ingatkan apa yang dia nak cakapkan.
“Kaklong, doktor yang ambik darah
Mok Jae tadi kirim salam pada Kaklong..”
Dalam hati aku tersengih seorang
diri bila baca mesej dari Mok Jae. Ada
juga doktor yang macam ni. Aku agak ini mesti doktor yang tak kahwin lagi. Haha
Esoknya,
aku ambil giliran untuk jaga Mok Jae. Sama seperti sedia kala. Mok Jae semakin
hari semakin berselera bila waktu makan. Cuma doktor yang semalam tu, tak tahu kenapa bila dia lalu di tepi katil Mok Jae, dia jalan bukan main laju
lagi. Malu ke? Haha.
Paling
mencuit hati, bila dia jalan dengan kawan sekerjanya, sengaja pula dia berjalan di sebelah kawannya, yang mana menyebabkan dia seolah-olah
terlindung.
* * * * *
“Jangan stress-stress. Kau layan je
dia. Cuba sebolehnya untuk buat dengan ikhlas.”
“Kalau kau buat tak ikhas, memang
kau akan rasa semua benda tu menyusahkan diri kau. Beban pada kau.”
“Aku tengok, Mok Jae tu lucu
orangnya, cuba kau try layan lucu dia, mesti tak stress"
“Ikhlas. Yang penting ikhlas.”
Itulah antara nasihat dari insan
yang bergelar sahabat, Emah. Kata-kata itu hadir setelah banyak kali aku meluahkan perasaan yang ada dalam hatiku. Rasa penat, rasa nak marah, rasa fedup dan bermacam-macam lagi.
Walaupun kesihatan dirinya tidaklah berapa mengizinkan dia untuk buat kerja lasak tapi dia tetap berkeras mahu menemani aku menjaga Mok Jae di wad.

Sejak dari saat itu, aku belajar
untuk buat segalanya dengan ikhlas. Aku cuba untuk menghiburkan hati aku saat
aku merawat Mok Jae. Apa yang penting aku perlu berkomunikasi. Mok Jae tak
pernah berkahwin, atas sebab masalah kesihatan. Jadi Mok Jae tak ada anak.
Ba dan Umi selalu pesan, anak-anak
saudara dialah anak dia. Jadi aku mula rasa sedar yang aku silap dalam melayan
dia. Silap aku sebab aku tak merasai bahawa dia sangat dekat dengan aku.
* * * * *
Indahnya aturan Allah, hadirkan aku
seorang sahabat yang sangat baik.Dek kerana dia tetap mahu membantu aku
menguruskan Mok Jae, aku izinkan. Tidak sedikit pon dia tunjuk riak wajah yang
geli semasa proses menguruskan Mok Jae. Langsung tidak.
Dia membantu aku dengan sebaik mungkin. Saat memandikan Mok Jae, Emah pandai menghidupkan suasana dengan membuat lawak-lawak yang menggelikan hati, sehingga Mok Jae pon tergelak sama.
Dia membantu aku dengan sebaik mungkin. Saat memandikan Mok Jae, Emah pandai menghidupkan suasana dengan membuat lawak-lawak yang menggelikan hati, sehingga Mok Jae pon tergelak sama.
Dari detik itu, aku mula menanam azam baru.
Aku mahu merawat Mok Jae dengan seikhlas hati. Aku cuba bayangkan kalau Umi atau Ba yang sedang berada ditempat Mok Jae, tentunya aku akan buat yang terbaik. Lagipun, Mok Jae tu bukan orang asing, dia ibu saudaraku juga.
Aku bertekad mahu melayan dia dengan sepenuh jiwa.
Benarlah semuanya bermula dari hati. Hati yang menjadi raja untuk mengetuai seluruh angkatan tenteranya. Kalau hati itu baik dan ikhlas, maka sedikit pon tidak akan rasa terbeban dalam membuat kebaikan. Kalau hati itu sakit, amal kebajikan sekecil mana pun dirasakan berat.

“Ketahuilah
bahawa di dalam jasad ini terdapat segumpal daging. Jika dia (segumpal) baik
maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh.
Ketahuilah, bahwa dia adalah hati “. (H.R. Bukhari-Muslim).
* * * * *
Aku singgah sebentar di Kedai Buku
Muda Osman, berhajat untuk beli sebuah buku karya Fatimah Syarha. Buku itu
tebal, jadi aku rasa masa kosong aku menunggu Mok Jae bolehlah aku habiskan
dengan membaca buku tersebut.
Tiba di wad, Mok Jae bertanya
kenapa hari ini aku lambat. Aku bagitahu yang aku singgah di kedai
buku sekejap. Tunjuk dekat Mok Jae buku yang aku beli.
Harini, ada seorang doktor
fisioterapi datang ke katil Mok Jae. Mok Jae diberi sedikit latihan oleh doktor
tersebut. Kaki Mok Jae sudah lama tidak bergerak, jadi untuk mengelakkan dari
lumpuh, doktor bahagian fisioterapi membantu Mok Jae.
Walaupun kadang-kadang aku tengok
Mok Jae termengah-mengah sebab latihan itu walaupun simple tapi bagi insan yang
kurang berkeupayaan seperti dia tentulah sesuatu yang tidak mudah.
Aku sentiasa di sisi Mok Jae. Memberikan semangat untuk dia. Sesekali dia berpaling kepada aku, memberikan isyarat bahawa dia tak nak buat. Tapi aku tetap berikan dia semangat.
Mengingatkan pesanan Emah kepadaku dulu, hidupkan suasana ceria barulah kita tak rasa tertekan dan terbeban dalam membuat sesuatu.

Sungguh
dialah sahabat yang akan aku kenang sampai ke akhir hayat.
* * * * *
Hari ini aku meneruskan sesi menjaga
Mok Jae sekali lagi.
Menguruskan kebajikan dia seperti selalu. Bila semuanya selesai, aku duduk bersandar di kerusi sambil membaca buku. Sesekali Mok Jae berpaling ke arah aku.
Menguruskan kebajikan dia seperti selalu. Bila semuanya selesai, aku duduk bersandar di kerusi sambil membaca buku. Sesekali Mok Jae berpaling ke arah aku.
Aku bertanya pada dia kalau-kalau dia mahukan air atau apa-apa saja. Tapi bila ditanya, dia senyum dan gelengkan kepala. Kemudian dia mengalihkan sedikir badannya mengadap ke sebelah kanan. Mok Jae membelakangi aku.
Sehinggalah sampai waktu adik-adikku
datang ke hospital untuk menggantikanku.
Aku beransur meninggalkan Mok Jae.
Sebelum beredar, Mok Jae memanggilku. Bila ditanyakan kenapa? Mok Jae
menggeleng kepala dan senyum saja. Hari ini Mok Jae kurang bercakap tetapi
senyum saja yang banyak.
* * * * *
Aku pulang ke rumah dan terus
terbungkam atas katil. Tok Wan pula ada di ruang tamu. Semenjak Mok Jae dipindahkan
ke Kuala Krai, Tok Wan pon ikut sama tinggal dengan Ba di Kuala Krai.
Tok Wan selalu cakap yang Mok Jae memang sudah lama bagitahu Tok Wan yang dia teringin sangat untuk pergi ke Kuala Krai.

Aku
terlena.
* * * * *
Handsetku tu
berdering. Ada panggilan masuk dari Ba.
Dengan keadaan yang berpusing aku angkat panggilan Ba.

“Along….. Ba nak bagitahu benda
ni…”
Aku
mula merasakan ada sesuatu yang tak kena. Ayat Ba kedengaran tipikal seperti di
dalam drama tanah air.
“Ba nak bagitahu apa? Cakaplah..”
Balasku.
“Ba harap along sabar banyak-banyak
yer.. Mok Jae dah tak ada..”
Aku
kelu..
“Ba…….”
Suaraku sayu dihujung talian.
“Along.. Along.. Along sabar
banyak-banyak yer.. Sekarang ni jangan bagitahu Tok Wan sebab Ba tak nak
apa-apa jadi pada dia. Tok Wan ada darah tinggi tak boleh dengar berita yang
terkejut. Lepasni along siap-siap dan pergi ke rumah Cikgu Matnor, minta tolong
dia hantarkan along ke hospital…” Pesanan Ba pada aku.
Secara tiba-tiba dunia aku terasa
gelap. Seolah-olah hilang arah. Aku perlu ke hospital dengan segera. Tapi aku
mesti sorokkan rasa sedih aku nanti Tok Wan perasan.
Aku segera bersiap. Mencapai apa
yang patut. Untuk keluar dari rumah aku perlu berhadapan dengan Tok Wan yang
sedang berada di ruang tamu. Aku cuba untuk tidak menampakkan kesedihan dan tidak menunjukkan
kekalutan, walaupun hampir pecah tembelang.
Tok Wan tanya aku nak ke mana?
Aku jawab yang aku ada hal dengan Ba sekejap. Aku suruh Tok Wan kunci pintu rumah. Nanti aku balik.
Aku jawab yang aku ada hal dengan Ba sekejap. Aku suruh Tok Wan kunci pintu rumah. Nanti aku balik.
Sebaik sahaja aku keluar dari rumah. Kepala aku terasa kosong, memang seperti orang yang tak tahu arah. Aku ke rumah Cikgu Matnor, tapi sayangnya dia tiada di rumah. Aku soal diriku lagi, kemana Nabihah kamu mahu pergi?
Aku berjalan saja mengikut kaki yang melangkah. Ia membawa aku ke rumah Sir Zaili. Aku ketuk pintu rumahnya. Bertalu-talu sambil memberikan salam.
“Assalamualaikum, sir. Boleh tak
hantar saya ke hospital? Mak saudara saya meninggal.”
Alhamdulillah, sir sudi untuk
hantarkan aku. Cuma dia minta sedikit masa untuk bersiap. Aku menunggu saja di
luar. Badanku terasa sejuk. Fikiranku menerawang untuk memahamkan yang semua
ini realiti.
Sepanjang perjalanan ke hospital, aku diam seribu bahasa. Mulutku tak henti-henti berzikir.
Sesampai di kawasan hospital, aku mengucapkan terima kasih kepada sir. Lalu turun dari keretanya.
Langkahku sangat laju. Aku segera mahu ke sana. Untuk melihat sendiri tentang apa yang Ba katakan. Sekarang waktu melawat dan orang sedang ramai. Lif pula penuh. Jadi aku memutuskan untuk menaiki tangga sahaja. Semakin hampir dengan wad semakin kakiku terasa lembik.
Aku nampak Ba. Tanpa berfikir panjang aku datang kepadanya dan terus memeluk Ba. Aku lihat pintu wad di mana Mok Jae ada di dalamnya sudah cukup membuatkan aku longlai. Aku menangis dalam pelukan Ba. Menangis semahuku. Orang-orang yang lalu lalang di sekitarku sudah tidak aku endahkan.
“Sabarlah long.. Allah dah tulis
masa Mok Jae sudah tiba..”
Aku
menangis lagi dan lagi. Kerana dalam fikiran ku, perkara yang aku persoalkan
kenapa begitu cepat Mok Jae pergi? Sedangkan baru saja aku cuba untuk merasakan
keikhlasan dalam menjaganya. Apa yang aku lakukan masih belum cukup. Kenapa Mok
Jae dah pergi?
Ba
mengusap-usap belakangku. Ba tahu aku sangat sedih. Tak lama kemudian
adik perempuan ku, Najwa keluar dari wad dengan mata yang merah. Apabila dia
melihat aku terus dia memelukku.
“Kakak… Mok Jae dah tak ada..
Kenapa Mok Jae dah pergi? Along tak cukup sempurna lagi jaga Mok Jae..”
Luahku sambil menangis.
“Sabar long…”
kata adikku sambil pelukkannya semakin erat.
Aku mencari kekuatan untuk
berhadapan dengan arwah. Sehinggalah aku benar-benar gagah barulah aku
melangkah masuk ke dalam wad. Perlahan-lahan aku menghampiri katil Mok Jae.
Allah..
Allah.. Allah..
Mok Jae seolah-olah sedang tidur.
Mahu saja aku kejutkan dia. Tapi hakikatnya dia sudah pergi.
Aku duduk berlutut di tepi katil sambil menangis. Aku kelu dengan hakikat ini. Lama aku berkeadaan seperti itu. Sehinggalah adikku mengangkatku untuk aku menatap arwah.

kucup dahi Mok Jae. Sambil aku berkata,
“Mok Jae, maafkan Kak Long kalau
selama ni Kak Long banyak buat salah dengan Mok Jae..”
Kelihatan di suatu sudut lain, adik lelakiku sedang
menangis. Dia asyik ulang “Ini semua
salah abe..” “Ini salah abe..”
Mulanya aku tak faham apa yang berlaku. Selepas Kakak menceritakan kepadaku baru aku mengerti.
Mulanya aku tak faham apa yang berlaku. Selepas Kakak menceritakan kepadaku baru aku mengerti.
Detik terakhir arwah, Adik lelakiku yang ada di sisi Mok Jae.
Saat-saat cemas berlaku di mana Mok Jae seolah-olah tercekik dan memerlukan suction. Jadi adik lelakiku seperti biasa akan membuat suction untuk Mok Jae.
Tapi apabila dia cuba memasukkan wayar dalam lubang di tengkuk Mok Jae, seolah-olah lubang itu tersekat. Wayar yang sepatutnya boleh dimasukkan lebih dalam tapi kali ini tidak. Seperti ada sesuatu yang menyekat dalam rongga tekak Mok Jae.
Jadi adikku rasa bersalah. Sebab di saat nafas terakhir Mok Jae, dia ada bersamanya.
Dia mungkin tak faham lagi apa yang sedang berlaku. Itu sebabnya dia asyik salahkah diri sendiri. Aku kemudian memeluknya. Aku katakan ini bukan salahnya tapi ini ketentuan dari Allah.
Dia menangis, dan aku juga menangis.
* * * * *
Setelah selesai segala urusan, arwah
Mok Jae ditolak masuk ke dalam van jenazah. Aku, Kakak dan Aziz mengiringi
Mok Jae pulang ke kampung halaman, Beris. Segala urusan memandikan serta
mengafankan bakal diuruskan di kampung.
Umi berpesan melalui panggilan telefon bimbit, nanti jangan berhenti
bacakan Yasin untuk arwah Mok Jae sepanjang perjalanan pulang ke kampung.
Umi yang masih berada di Perak ketika itu, mahu saja dia pulang segera ke Kelantan. Namun bila ditimbang tara dengan hari sudah pon malam, Ba tak izinkan Umi untuk tergesa-gesa pulang. Risau akan keselamatannya pula.
* * * * *
Sepanjang perjalanan, kami tiga
beradik tak henti-henti membacakan Yasin. Sesekali memerhatikan keranda
pengusung yang mana arwah ada di dalamnya. Sungguh, sangat sekejap untuk aku
belajar tentang perihal keikhlasan.
Sesekali saat membaca Yasin, pipi dibasahi juga dengan air mata. Segera aku menyapunya. Aku tahu, kematian itu tidak elok untuk diratapi.
Tibanya di kampung, orang ramai sudah mula memenuhi halaman rumah. Aku dan adik-adik terlebih dahulu turun dari van jenazah. Kami segera naik masuk ke dalam rumah.
Setelah itu arwah pula diusung masuk ke dalam rumah, dan diletakkan di sudut hujung rumah Tok Wan, maka tahulah aku di ruang itu jenazah Mok Jae akan dimandikan dan dikafankan.
Aku menyatakan hasrat kecilku kepada
Ba, ingin menguruskan Mok Jae buat kali terakhir, supaya aku dapat berpuas
hati dengan menyelesaikan tugasku menjaganya.
Ba mengizinkan aku untuk turut serta dalam proses memandikan arwah. Kakak juga ikut sekali dengan aku bila dia tahu aku mahu menyudahkan urusan menjaga arwah Mok Jae buat kali terakhir.
Ba mengizinkan aku untuk turut serta dalam proses memandikan arwah. Kakak juga ikut sekali dengan aku bila dia tahu aku mahu menyudahkan urusan menjaga arwah Mok Jae buat kali terakhir.
Lalu, tanpa teori aku dan kakak terus terjun kepada praktikal. Segala persepsi takut kepada mayat hilang entah ke mana. Sedangkan dulu, melihat keranda jenazah pon aku mula rasa tak selesa. Sekarang, jenazah di hadapanku sedang siap tersedia untuk dimandikan.
Barangkali disebabkan saat hidupnya tangan ini pernah merawatnya, maka saat dia pergi bukan lagi seolah-olah dia itu mayat tapi melihat dia seolah-olah sedang tidur.
Perasaan di saat mahu memandikan dia setelah meninggal sama seperti perasaan tika mana aku mahu memandikannya saat dia masih hidup. Berbezanya, cuma kali ini matanya sahaja yang pejam.
Aku
melihat satu demi satu bagaimana proses memandikan jenazah berlangsung. Aku
diminta berhalus dengan jenazah dan menjaga auratnya. Sungguh aku buat itu
dengan hati yang sangat tenang, dengan niat aku mahu menyempurnakan tugasku
menjaganya. Biarlah kali terakhir sebelum arwah pergi, aku antara orang yang
menguruskannya.
Selesai dimandikan, arwah dikafankan pula. Melihatkan pakaian yang arwah pakai sama sekali berbeza dengan baju yang biasa aku pakaikan di hospital dulu. Kali ini warnanya putih. Dulu bajunya berwarna hijau.
Aku hadiahkan satu kucupan di dahi Mok Jae.
Itulah ciuman terakhir untuknya, sebelum arwah diusung pergi ke tanah perkuburan.
Setiap yang
berlaku selepas itu aku lalui dengan tenang. Aku sudah mampu untuk terima
hakikat akan apa yang berlaku. Walaupun Mok Jae pergi terlalu cepat. Masih belum cukup untuk aku belajar perihal keikhlasan.
Sudahlah
Nabihah….
Arwah
telahpun selamat bersemadi di Tanah Perkuburan Beris Kubor Besar. Doakan saja
agar arwah Mok Jae ditempatkan di kalangan orang-orang yang Allah sambut
kepulangannya dengan kubur yang luas lagi bercahaya.
Innalillahi
wa inna ilaihi raaji’un.

pengalaman yg sangat beermakna,,,ganjaran besar menantimu duhai sahabat
ReplyDelete