Drama Review: 1 Litre of Tears


(25th April, 2015. Saturday)

                Hari ini, aku bangun dengan badan yang agak penat. Memandangkan semalam tidur lambat, sekitar jam 3 pagi. Semua ni gara-gara berjaga tengok drama Jepun, “1 Liter of Tears”. Tujuan awal tengok drama tu adalah semata untuk release tension, sebab semalam juga aku dan kawan-kawan aku ada exam, paper Introduction to Political Science.
Jadi sekarang, aku nak buat review sikit pasal drama yang aku dah tengok tu.

                Watak utama dalam drama ni ialah seorang remaja perempuan yang sangat lincah, cantik dan baik, Aya Chan namanya. Dalam kesibukan menjadi seorang pelajar, juga kesibukannya menolong ayahnya di kedai tofu mereka, dia juga seorang yang sangat aktif dalam sukan bola keranjang. Namun dalam usianya meniti hari-hari bergelar seorang remaja, dia dilanda ujian yang sangat besar. Ini semua bermula saat dia dapat tahu dari doctor yang merawatnya bahawa dia menghidap sejenis penyakit saraf (spinocerebellar ataxia). Penyakit yang dihadapi memang masih tiada penyembuhnya. Dan dengan penyakit itu juga, hari demi hari keadaan dirinya semakin kurang baik.

                Saat-saat awal dia dikesan oleh ibunya akan sesuatu yang berbeza tentangnya ialah apabila ibunya selalu melihat Aya tercicir sesuatu dari tangannya. Aya juga, sering kali terjatuh atau tersadung sewaktu berjalan. Paling kritikal dia terjatuh sewaktu keluar dengan senpai-nya,dan  waktu dia terjatuh di atas jalan raya, kepalanya mendahului menyebabkan berlaku pendarahan.

                Hari demi hari, dirinya semakin hilang kemampuan yang ada pada manusia sihat. Memegang dengan sempurna, tidak lagi dia mampu. Bertutur dengan jelas, semakin dia temui kegagalan. Ingatannya, semakin banyak dan semakin mudah dia terlupa. Ini menyebabkan dia semakin banyak bergantung kepada orang sekelilingnya, terutama sekali ahli keluarganya.

                Dek kerana kesulitan yang semakin menghimpit diri Aya, dia tepaksa membuat keputusan untuk berhenti belajar di mana tempat dia belajar bersama kawan-kawan dia yang lain. Dia terpaksa membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di sekolah khas. Ditinggalkan dia sekolah lamanya itu dengan seribu kenangan yang amat bernilai. Saat terakhir dia di sekolah, rakan-rakannya menyanyikan sebuah lagu padanya, dan lagu itu adalah lagu di mana mereka bersama-sama menyanyikan sewaktu pertandingn (koir) pada semester awal di high school. Sementelah waktu tersebut, Aya adalah konduktor kepada team mereka.

Aya and her family.

                Aya mempunyai keluarga yang sangat sempurna walaupun kehidupan mereka sederhana. Ayahnya merupakan pengusaha tofu, manakala ibunya merupakan seorang konsultan kesihatan. Kedua-dua orang tua Aya merupakan insan yang sangat mulia hatinya. Ibu Aya terutamanya, adalah insan yang sangat kuat, sesukar manapun keadaan, ibunya sentiasa mencuba sedaya upaya untuk menjernihkan keadaan. Ibunya juga seorang insan yang sangat positif, tidak memandang setiap cemuhan sebagai asbab untuk berlemah, tidak memandang kepayahan sebagai jalan terakhir kehidupan, tidak memandang kasih-sayang hanya pada kemewahan wang ringgit. Manakala ayahnya pula seorang yang sangat bertanggungjawab. Ayahnya sanggup melakukan apa saja demi kelangsungan keluarganya. Tidak ada langsung riak penat pada wajahnya. Hari-hari yang mendatang, baginya adalah memkirkan untuk menghadiahkan kehidupan yang lebih baik bagi keluarganya. Sempurna!

                Asou-kun. Seorang lelaki, juga sahabat bagi Aya. Punyai watak yang agak dingin. Tapi sebenarnya, dia-lah antara insan yang terus teguh mendampingi Aya sewaktu susahnya. Saat rakan-rakan Aya mla menjauh, dia ada dengannya. Walaupun bicaranya sedikit, dan lagaknya sentiasa dingin tapi dia sebenarnya sangat mengambil berat. Sangat! Membuatkan Aya rasa, bila dia bersama Asou-kun seolah-olah penyakitnya itu tidak pernah wujud dalam hidupnya. 

First time bumped up with each other.


Walaupun mereka Cuma sahabat. Ya, mungkin sahabat. Walaupun jauh dari sudut hati, masing-masing mempunyai keterikatan yang tidak mampu dizahirkan dengan perkataan. Aya baginya, mustahil insan yang bakal terlantar sepanjang usia yang masih berbaki itu akan mampu berdamping dengan seorang lelaki yang mempunya kehidupan yang masih jauh seperti Asou-kun. Masing-masing dihimpit rasa. Kesudahan perasaan mereka, walaupun akhirnya sama-sama tahu dan menyedari tentang ia, namun tiada apa yang dapat dilakukan memandangkan Aya, tidak akan mampu mendampingi Asou-kun.

                Soalan ibu Aya, “Kenapa lepaskan sesuatu yang penting dalam hidup?”

                Lalu jawab Aya, “Bolehkah saya berkahwin?”   

Asou-kun & Aya.

                Asou-kun, meneruskan pengajiannya di peringkat Universiti dalam bidang perubatan. Pada awalnya Asou sangat buntu tentang jalan hidupnya. Dan untuk berada dalam bidang perubatan langsung tiada dalam perancangannya walaupun ayahnya merupakan seorang doktor. Apa yang mendorong Asou adalah Aya. Aya sebab utamanya.


Sepanjang aku menonton drama ni, banyak sangat pengajaran tentang kehidupan yang kutip. Ya! Terlalu banyak nilai kehidupan yang dipersembahkan. Betapa sebenarnya kita jarang menghargai nikmat sebuah kehidupan selagi mana  kita tidak merasa saat-saat kehilangan nikmat itu.
Tanya Aya pada Asou-kun, “Kenapa manusia berjalan?”

Baginya, manusia tidak akan pernah ingin mengambil tahu akan semua benda yang berkaitan dengan itu sebab manusia tiada masa untuk memikirkannya. Ya, itu hakikat kehidupan. Hanya apabila kita hilang sesuatu itu barulah kita sedar tentang apa kegunaan hadirnya nikmat itu.

Nabihah Dzir, hari ini dibanjiri dengan air mata. Matanye sembab sebab menangis yang terlalu banyak. Sesuai dengan tajuk drama, “1 Liter of Tears”. Matanya bukan saja sembab, tetapi badannya juga terasa sangat lemah. Penat sebab menangis yang terlalu banyak. Sangat-sangat membawa emosi sewaktu memahami bait-bait cerita kehidupan Aya. Apa yang boleh diperkatakan, aku kagum dengan Aya. Semangatnya memberikan aku pengajaran yang sangat tidak ternilai. Betapa mahalnya sebuah kehidupan, atau lebih spesifik lagi, betapa mahalnya nikmat sihat. Alhamdulillah.



Comments

Popular Posts