Selamat Berehat, Sahabat.
"Periksa tahun ni susah sikit..."
"Bakpo?"
"Sebab tahun ni BM ikut format sama dengan SPM"
"Bakpo?"
"Sebab tahun ni BM ikut format sama dengan SPM"
Itulah permulaan perbualan antara kami di meja makan sambil menikmati makanan tengah hari.
Satu demi satu dibualkan antara aku dan Abe Aziz. Tema utamanya berkongsi bab pelajaran.
Apa yang dia belajar, macam mana dia belajar, seronok atau boring?
Basically, aku hanya mendengar dia bercakap, kadang-kadang saja aku menyampuk.
Sebab Abe memang suka berbual. Banyak benda yang dia suka kongsikan.
Of course benda yang aku paling seronok untuk tahu,
bilamana dia cakap yang tahun ni, adalah tahun untuk dia lebih serius pada pelajaran,
penentu untuk melayakkan dia berada pada pengajian di peringkat diploma tahun hadapannya.
Sempat lagi aku bertanya,
"Kira loni abe dah ada matlamat dale hidup la kea?"
Teragak-agak nak dijawabnya, mungkin soalan dari kakak sulongnya terlalu serius. Jadi sambil tersengih dia mengiyakan. Katanya dah ada.
Dari tahun lepas lagi dah ada, cuma sekarang bila dah masuk 17 tahun, atau lebih dikenali sebagai tahun 2 di Kolej Vokasional Kuala Krai, matlamat tu semakin jelas.
Katanya sekarang dah 'cerdik' sikit.
Yelah, kalau main-main tahun ni.. nanti susahkan diri sendiri jugak sebab tahun depan dah nak masuk tahun 3. Tapi kalau pointer tak elok, dalam mimpi jelah tahun 3 tu.
"Puah hati sikit panggil abe "Abe".."
Dia hanya sengih dan menganggukkan saja kepala. Matanya tak pula dihalakan kepada aku. Malu mungkin.
Abe, anak ke 3 dalam keluarga. Anak lelaki sulong. Jadi sebab itu disapa sebagai Abe.
Kawan-kawan selalu pelik, dia abang kau ke? Sebab selalu dengar aku sebut Abe Abe Abe.. Jadi, jangan pelik lagi yer..
* * *
"Abe, lagumana sebenarnya dengan arwah saen abe tu?"
Dari sini la ceritanya bermula......
Abe Aziz kehilangan salah seorang dari sahabatnya. Akibat kemalangan jalan raya.
Kemalangan yang melibatkan lori membawa muatan kayu dan arwah yang menunggang motosikal bersendirian.
Arwah terbabas dari arah belakang lori.
Ini menyebabkan muatan kayu itu tertusuk di bahagian tepi kepala arwah. Dari situ, berlakunya pendarahan teruk.
Setelah itu, satu demi satu Abe ceritakan tentang kisah seterusnya.
Kejadian ni berlaku semasa aku masih berada di UIA, Gombak. Sedang menghabiskan musim peperiksaan sebelum bertolak pulang ke Kelantan.
Berita tentang kemalangan arwah itu tersebar dalam grup WhatsApp family.
Tapi masa tu tak tahu kawan Abe yang mana satu. Sebab kawan-kawannya ramai.
Alih-alih, bila ada yang share gambar.... Tergamam seketika..
I know this boy!
Innalillahhi wainna ilaihi raaji'un.
* * *
Kelat rasanya tekak ni nak menelan bila mendengar cerita dari si adik tentang pengalamannya kehilangan seseorang yang dia sayang.
Kali pertama berita itu sahih,
dia terduduk kaku.
Hingga Ahad itu,
bukan lagi hari ,
untuk dia pergi menadah ilmu di kelas.
melainkan ke rumah sahabatnya yang kini sedang terbujur kaku,
sambil pada jasadnya, tak henti menumpahkan darah.
Setelah malam yang mengejutkan itu bertandang,
mata itu sebenarnya masih belum sempat menatap bagaimana rupa sahabatnya.
Yang dihebohkan remuk di suatu sisi,
dek tertusuk oleh kayu yang panjang.
Katanya, kain penutup jenazah terlalu banyak lapisan.
Tapi masih jelas kelihatan darah yang meresap padanya.
Hingga pada selakan terakhir, tangan itu berhenti menyelak.
"Tengoklah jih.."
Namun setelah dipujuk oleh kawan-kawannya yang lain,
akhirnya bersua juga mata itu dengan wajah sahabat yang bakal dikenang sehingga akhir hayat.
Darah masih lagi mengalir keluar,
tapi katanya arwah kelihatan tersenyum.
Bersemangat pula digayakan kepada aku,
riak senyum yang terukir pada wajah itu.
Sekali lagi dia terduduk lemah.
Aku pasti saat itu jiwanya terlalu banyak persoalan.
Kawan-kawan yang lain sehingga ada yang memukul-mukul dinding.
Mungkin itu luahan yang tidak tertanggung,
akibat terkejut itu terlalu besar.
Bagaimana keluarga kepada arwah?
Tentu sekali lagi perit menanggung cerita ini.
Dalam kesedihan, ada pelukan antara sahabat kepada sahabat.
Saling memujuk antara satu sama lain.
Mata yang terlalu sembab, itu tak pelik langsung.
Tangisan dari sahabat,
jelas nilainya besar.
* * *
Aku tahu dia kehilangan seseorang yang dia sayang.
Zahir rasa sedih itu bila dia memuatnaik gambar bersama arwah di media sosial sambil disertakan dengan beberapa baris ayat.
Terima kasih kerana sllu brgurau senda dgn Ku
Terima kasih kerana kita sllu kluar bersama
Terima kasih kerana sllu mgkianati aku
Terima kasih kerana mmbuat aku tersnyum bila kau tiada....
Dan kini aku merindui mu sahabat...aku merindui gelak tawa mu.....
Alfatihah...DOA Ku akn Ku sbut nama mu..
Terima kasih sahabat
Terima kasih kerana kita sllu kluar bersama
Terima kasih kerana sllu mgkianati aku
Terima kasih kerana mmbuat aku tersnyum bila kau tiada....
Dan kini aku merindui mu sahabat...aku merindui gelak tawa mu.....
Alfatihah...DOA Ku akn Ku sbut nama mu..
Terima kasih sahabat
Apa yang special pada dia?
Sebab dia jenis yang suka minta maaf. Biasanya kalau hari Jumaat, mesti dia akan hantar mesej dekat kawan-kawan.. Minta maaf kalau dia ada buat silap.. Itu tabiatnya..
Selain dari tu, arwah ni seorang yang penyayang.. Tak kekok nak cakap yang dia sayangkan sahabatnya.. Cakap I Love You pon benda biasa.,
Sebab sayang katanya.
Paling last sebelum arwah pergi,
dia mesej Abe bagitahu yang dia minta jagakan adiknya kalau-kalau dia tak ada nanti.. dan macam biasa dia akan minta maaf..
Terasa sesuatu yang lain, tapi buat-buat biasa sebab arwah memang jenis yang suka minta maaf..
Kehilangan arwah bukan saja menyebabkan Abe yang menangis, bahkan perasaan itu turut dikongsi sama dengan Ba dan Umi.
* * *
Ketahuilah olehmu wahai adik, bahawa kehidupan ini akan sentiasa menjanjikan kita kehilangan.
Tak terkecuali siapa pun yang ada disekeliling kita saat ini, tiba masanya mereka akan pergi.
Pastinya kehilangan yang melibatkan dua daerah itulah yang paling melemahkan.
Daerah antara kehidupan dunia dan kehidupan di alam barzakh.
Seperti yang aku katakan padamu,
pemergian dia itu adalah sesuatu yang indah, sebab usianya masih lagi muda.
Allah sayangkan dia, oleh itu Allah mahu dia pulang berehat terlebih dahulu.
Indahnya lagi,
apabila dengan cerita ini... sahabat-sahabatnya yang lain kini semakin kenal tujuan hidup..
Kamu sendiri ceritakan kepada aku, bagaimana setelah kejadian itu bukan hanya kamu yang tak mahu lagi ambil tahu perihal motor, bahkan kawan-kawan yang lain pon sama.
Cukup saja cerita tentang motor itu disimpan rapi dalam kotak kenangan.
Cukup saja akan apa yang terjadi pada arwah dahulu, menjadi peringatan buatmu dan yang lain.
Paling indah,
bila tiada lagi penat lelah orang sekelilingmu untuk sentiasa memperingatkan kamu tentang solat.
Sejuknya aku sebagai kakak, bila kamu bersegera kepadanya tanpa sepatah pon suara dariku.
Melainkan itu semua dari gerak hatimu yang dianugerahkan oleh Allah.
Istiqomahlah adikku menjaga solatmu.
Sungguh wahai adikku,
kehidupan kita di dunia ini hanya seketika.
Usia diibaratkan sebagai modal.
Kalau modal itu kita gunakan pada perkara yang tak bermanfaat,
layakkah untuk kita menagih untung yang lumayan?
Jangan berharap.
Jadi, gunakan modal yang Allah bagi ni pada pelaburan yang boleh membawa keuntungan dunia dan akhirat.
Semoga dengan apa yang berlaku akan menjadikan kamu lebih matang.
Jadi manusia yang berguna untuk Ummah.
Jangan lupa, kirimkan selalu doa buat dia.
Tanda sebenar-benar kasihmu kepada sahabat.
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”
Selamat berehat dengan tenang di sana,
Mohd An'am Aqil bin Mohd Zaki.







Comments
Post a Comment